16 Mei 2017

BELANGKASUWA ALLAHYARHAMAH MAK CIK TEH

Tanggal 26 April 2017 bersamaan 29 Rejab 1438, adalah saat kesedihan bagi kami sekeluarga atas pemergian Allahyarhamah Mak Cik Teh pada usia 69 tahun ke hadrat Ilahi.



Mak Cik telah meninggal pada petang rabu kira-kira jam 5.00 petang di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Pemergian Allahyarhamah Mak Cik amat dirasai oleh aku kerana aku membesar bersama-sama Mak Cik yang tinggal bersama keluarga kami sekian lama.

Setelah Tok dan Tok Wan tiada, ayah aku mengambil alih tugas sebagai ibubapa...membesar Mak Cik sehinggalah ayah berkahwin.

Mak Cik tinggal bersama ayah aku dari kecil sehinggalah ayah berkahwin...aku dan adik-adik aku dilahirkan sehinggalah ayah aku meninggal dunia pada tahun 2000 yang lepas.

Kemudian Mak Cik mendirikan rumah bersebelahan dengan rumah ayah selepas pencen Cikgu Tadika Kemas dek kerana keinginan untuk memiliki rumah sendiri.

Masih lagi di ingatan aku, ketika kecil aku selalu ikut Mak Cik dengan membonceng basikal ke Tadika Kemas Kampung Binjal dan kemudiannya membonceng motorsikal ke Tadika Kemas Kampung Surau.

Dengan motorsikal Mak Cik juga aku belajar menunggang motorsikal disamping mencuri-curi tunggang motorsikal ayah.

Ingat lagi..motorsikal Mak Cik pernah digunakan di dalam sebuah drama yg dilakonkan oleh Shuib Sepahtu...sekarang ni tak tahu lah..ke mana dah motorsikal tu setelah Mak Cik jual.

Begitu banyak kenangan indah terpahat di hati semenjak kecil sehingga sekarang.

Teringat baru-baru ni....sebelum pemergian Mak Cik, beliau telah meminta aku dan isteri belikan kain dan cadar semasa kami ke Kelantan menghantar tempahan bahulu. Katanya nak pakai semasa raya nanti...namun kain tu tak sempat lagi dijahit... Cadar baru pun tak sempat lagi digunakan.

Allahyarhamah juga meminta dicatkan baru rumahnya...katanya kalau orang datang ziarah nanti...rumah nampak elok sikit.

Cuma katil baru yg aku belikan tu yg sempat digunakan...

Semoga roh Mak Cik tenang di sana dan sentiasa di bawah rahmat Allah.

Al-Fatihah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...