05 April 2017

PERSEDIAAN BENGKEL BAHARU

Assalamualaikum..

Hayyanarz Bakery ni dah 3 tahun beroperasi. Dah beribu bahulu rasanya telah dikeluarkan.

Semuanya bermula dengan modal sendiri...bermula dari sesi belajar cara2 pembuatan bahulu..kelas2 pemasaran..pembelian aset2 seperti oven, mixer..hinggalah ke sticker dan packaging..

Semuanya modal simpanan sendiri..

Rata juga minta bantuan..MADA, RISDA, FAMA, Peladang....dan sebagainya...namun masih tiada jawapan dan bayangan..

Tak pa lah...mungkin bukan rezeki dpt bantuan lagi...

Kini...aku ingin dirikan sebuah bengkel pembuatan bahulu yg baru..yg lebih besar..yg lebih selesa bagi menampung pengeluaran yg lebih besar dan memenuhi permintaan bahulu yg semakin tinggi..

Dah permohonan pelbagai bantuan dan geran tak dapat..kini aku nekad..akan usahakan sendiri pembinaan bengkel yg baru dengan kewangan aku sendiri..tanpa mengharapkan bantuan dari mana2 firma dan pinjaman...bagi elakkan riba..

InshaaAllah..mudah2an Allah akan mudahkan usaha aku ni..

Bagi...progress berjalan..bukan sekadar angan2...aku terus beli penukul besar..bagi meruntuhkan tapak binaan lama...kerana disitulah..inshaaAllah akan aku bina bengkel yg baru...


Mertun (panggilan org utara) dah ada..kasi hantam la itu dinding...


P/s...sila abaikan model pelakon yg digunakan....😂😂😂

InshaaAllah..akan aku usahakan...bengkel bahulu Hayyanarz Bakery yg baharu ni...bakal disiapkan menjelang 2018..inshaaAllah.

Mudah2an...Allah permudahkan usaha aku ni...

Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...