03 April 2017

BIHUN SUP GEAR BOX..KELIA BAQ HANG

Assalamualaikum..

Cuaca agak baik hari ni...walaupun kelmarin hujan amat lebat sekali..terutama kat Kodiang..sewaktu aku sekeluarga pi makan kenduri kat Pida 4...rumah Anip yg pernah buat praktikal kat Kangar dulu..la ni dah kerja kat Hospital Langkawi.

Selamat pengantin baru ya Anip..semoga berbahagia hingga ke Jannah..

Hari ni...aku bukan nak cerita pasai kenduri Anip...tapi nak cerita sikit pasai bihun sup gear box...kelia baq hang...

Psss..pakai sat tag line Hayyanarz Bakery..

Memang kelia baq hang...


Kedai bihun sup gear box ni nak habaq hangpa..letak dia kat belakang balai bomba Kangar.

Atau dengan nama lain...Kampung Tok Paduka. Kedai ni letaknya..betul2 depan kubur.

Hangpa baca kubur..jgn takot pulak..kot mana pun..kita semua nak pi situ. Situlah rumah terakhir kita di dunia ni...sebelum dibangkitkan semula di Padang Mahsyar nanti...

Bihun sup ni...memang kelia rasanya...sedap dan gear box pun sempoi..lembut isinya..tinggai tak ambik straw saja hisap dlm tulang tu...😋😋

Tapi bila makan tu kena ingat la..jgn berlebih-lebihan..masuk wad pulak satgi...😂😂😂

Tapi..aku rekemen kalau hangpa nak try gear box kelia ala kampung...

Nak cari kedai ni..mudah ja..cari balai bomba Kangar..masuk ikut jalan kecil tepi bomba tu..betul2 belakang balai bomba...

So...kalau ada sapa2 mai Kangar..singgah la try tengok...

Kbai...

Wassalam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...