27 Mei 2014

KUALA JURU

Assalamua'laikum,


Lama juga aku tak menulis di blog ni dek kekangan masa...menjalani kehidupan seharian yang semakin 'tough' dan tugasan seharian.


Namun...bak kata orang lama-lama...kehidupan mesti diteruskan...


"Beramal seperti akan mati esok hari....bekerja seperti akan hidup 1000 tahun...."


Hari ni...aku nak berkongsi pengalaman makan... B-)


Baru-baru ni..aku telah berpeluang meluangkan masa bersama anak-isteri aku...menjamu selera di sebuah restoran di Kuala Juru. Letaknya tak jauh dari Juru Auto City...tapi kalau dari rumah aku.....lebih 100 km juga ler.


Inilah gambaran dari Kangar ke Kuala Juru...




Nama restoran tu... Restoran Nelayan Kuala Juru...


Kuramg lebih jam 6.30 petang kami sampai sana...memasuki jalan kampung dari Juru Auto City.


Jalannya agak kecil dan berselekoh. Jadi perlu berhati-hati dengan kenderaan orang kampung sekitar...


Restorannya agak luas...dan letaknya betul-betul di tepi sungai.


Masakannya...lebih kepada seafood.


Inilah hidangan kami...


 photo 20140308_182315_zps1d20e9b2.jpg


Ketam masak pedas, sotong masak kicap, tomyam, sayur kailam ikan masin, telur dadar dan nasi.


Ketam masak pedas ni cukup sedap. Rasanya juga agak pedas namun sedap. 


Aku rekomen kalau ada sapa-sapa yang nak mengunjungi ke sini. Harga pun agak berbaloi...


InshaAllah...akan repeat lagi ke sini...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...