08 Disember 2013

FAMILY TRIP KLIMS 2013 @ INFINITI

Assalamu'alaikum,


Bersambung lagi ceritera aku dan famili di KLIMS 2013.


Dari ruang pameran Nissan, kami bergerak pula ke ruang pameran Infiniti.


Terang cakap,aku sebenarnya tak mengetahui yang terdapat jenama kereta Infiniti ni. Ini pertama kali aku melihat model-model Infiniti.



Infiniti ni juga ada buat partnership dengan Team F1 Red Bull Racing. Dan kesemua model-model Infiniti ni adalah model kereta mewah.


Inilah model replika F1 Infiniti Red Bull Racing.


 photo P1170877_zps142a1d59.jpg


Tapi kereta F1 ni menggunakan enjin dari Renault.


Dari model kereta F1, kami lihat pula Infiniti Q50.


 photo P1170878_zpsd4a52ab6.jpg


Di sebelahnya.. Q70


 photo P1170879_zps42f73813.jpg


QX70, model SUV.


 photo P1170880_zps73d1ef6e.jpg


Dari Infiniti, kami singgah sebentar melihat model replika kereta Caterham F1 Team.


 photo P1170881_zps74e175d5.jpg


Kereta F1 ni juga menggunakan enjin Renault V8 RS27-2013.


 photo P1170882_zpsd566dc5e.jpg


Seterusnya, kami singgah di ruang pameran Dream Edge.


Dream Edge... merupakan syarikat Malaysia yang bekerjasama dengan syarikat dari Jepun yang menghasilkan EV (Electric Vehicle).


Antara yang dipamerkan adalah Motorsikal Roda Tiga Elektrik yang digerakkan sepenuhnya menggunakan tenaga elektrik.


 photo P1170884_zpsdb916642.jpg



Sebuah kereta sport EV.


 photo P1170885_zps89f6faef.jpg


Sebuah bas EV.


 photo P1170886_zpsdc6e48a4.jpg


Bas ini mempunyai panel solar di atas bumbungnya dan bergerak sepenuhnya menggunakan tenaga elektrik serta berhawa dingin. Bas ini boleh digunakan untuk membawa penumpang di tapak-tapak pameran seperti LIMA dan sebagainya. Bumbungnya jenis panoramik.


Kami juga berkesempatan melihat Go-Kart elektrik.


 photo P1170887_zps7959f697.jpg


Diberitahu, Go-kart ni mampu mencapai top-speed sehingga 50kmh, menggunakan motor 5kW dan bateri 48V 100Ah Lithium Iron Phosphate.


Selain tu, Dream Edge juga ada buat innovasi kepada Proton Preve yang dinamakan Proton Preve TuneD.


 photo P1170883_zps3691f450.jpg


Selain tu, kami juga melihat kereta Volkswagen Golf yang telah ditambah dengan barangan Ultra Racing...


 photo P1170888_zps562358ca.jpg


OKlah. aku berhenti sebentar di sini... rehat sekejap dek kelenguhan...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam


-bersambung-
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...