10 November 2013

RIDE SANTAI DUA BERANAK

Assalamu'alaikum,


Hujan nampak masih membasahi bumi Perlis ni. kadang-kadang hujan di waktu pagi, kadang-kadang hujan di tengah hari, kadang-kadang sebelah petang dan kadang-kadang malam hingga ke subuh. Pernah juga sehari semalam berhujan.


Sabtu yang lalu, 19 Oktober 2013, tercatat sejarah baru buat Cik Bayah, Kakak Ipar aku kerana menimang menantu yang pertama. majlis akad nikah telah berlangsung pada 19 Oktober 2013.


Isteri dan anak-anak telah ke rumah Cik Bayah semenjak pagi dan aku ke sana selepas zohor dengan Siput Sedut. Ikut bersama adalah Adik Iman yang sebelum ini telah mengundi dengan Bang Cik Haikal dan Adik Iman telah menang.


Hujan mula turun kira-kira jam 12 tengah hari. Alhamdulillah, kira-kira jam 2 petang, hujan berhenti namun di langit masih kelihatan awan-awan hitam.


Aku dan Adik Iman bertolak menuju ke Jitra. Route yang aku ambil melalui Kampung Long Boh dan Tambun Tulang. Saja nak bagi santai dan bagi Adik Iman tengok pemandangan sekeliling....


Perjalanan agak lancar dan santai. Sempat berhenti sekejap di Kodiang, beli sedikit kudapan berupa roti dan air kotak untuk Adik minum dalam perjalanan. Cuaca masih elok dan sejuk, hawa selepas hujan.


Sebaik sampai Megat Dewa, mula terasa titis-titis hujan namun aku teruskan perjalanan sebab masih belum betul-betul hujan.


 photo 20131019_145030_zps28eb4d6b.jpg



Setibanya kami di Padang Maharaja, hujan mulai turun dengan lebat. Nasib baik sempat berhenti kat pondok hentian bas kat tepi jalan. Kesian Adik, hampir-hampir basah.


 
 photo 20131019_144718_zpsec323d32.jpg
 
 
 
Hujan turun dengan lebat sekali. Duduklah kami dua beranak kat situ sambil menjamu selera bekalan yang aku beli tadi.


Hampir setengah jam juga kami berhenti. Akhirnya hujan reda. aku pakaikan baju hujan kat Adik dan perjalanan diteruskan.


Aku terus menuju ke Jitra.


Akibat hujan lebat, nampaknya kawasan berdekatan dengan Yawata telah mengalami banjir kilat. Jadi aku terpaksa mengambil jalan lain untuk ke rumah Cik Bayah.


 photo 562302_716229841739938_564722426_n_zps42f42ca2.jpg
 
 
 
Isteri telah hantar mesej yang mereka telah bertolak ke rumah pengantin untuk akad-nikah. jadi aku ambil keputusan untuk menunggu majlis selesai di sebuah restoran di Jitra.


Aku dan Adik Iman terus berada di situ hingga jam 5 petang.


Lebih kurang jam 5.30 petang, Aku dan Adik bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang, nampaknya Adik Iman mengantuk. Tersengguk-sengguk kat atas motor.


 photo 1395352_716274081735514_1016165500_n_zpsb318356e.jpg
 
 
 
Selepas berhenti seketika kat tepi jalan, Adik kembali segar nampaknya.


Alhamdulillah, perjalanan balik lancar tanpa sebarang hujan. Lebih kurang jam 6.30 petang, kami sampai rumah.


Alhamdulillah, ride santai dua beranak selamat pergi balik.


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...