24 November 2013

FAMILY TRIP KLIMS 2013 @ PWTC

Assalamu'alaikum,


Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat sampai KL Sentral kurang lebih jam 6.30 pagi.


Selesai tunaikan tanggungjawab kat Surau KL Sentral, terus kami keluar, sedia menanti adik aku.... untuk menuju ke kediamannya di Subang.




"Nak ke PWTC dengan apa?", tanya adik aku...


"Dengan LRT atau Komuter. Senang sikit. Malas nak redah jem macam 2010 dulu..", balas aku. 


"Mana lebih senang, dengan komuter ke dengan LRT?", aku minta kepastian dari adik aku.


"Rasanya, komuter lebih senang. Naik kat Sungai Buloh, terus berhenti kat Stesen Putra. Kalau naik LRT kat Kelana Jaya, kena buat penukaran kat Masjik Jamed", adik aku buat penerangan.


Selepas berbincang dengan isteri, kami ambil keputusan untuk menaiki teksi ke Stesen KTM Sungai Buloh. Dari situ kami akan naik komuter terus ke Stesen Putra.


Kurang lebih jam 10 pagi, kami bertolak dari rumah adik aku.


Alhamdulillah, tak lama menunggu, kami dapat sebuah teksi, menuju ke Sungai Buloh dengan tambang RM14.


Dari Sungai Buloh, menggunakan perkhidmatan komuter, kami terus ke Stesen Putra. Penumpang komuter agak ramai. 


Dari Stesen Putra, kami berjalan kaki ke arah PWTC. 


"Lapar ni, kita tak makan lagi dari tadi ni....", sapa isteri aku.


"OK, jom kita cari makan dulu.... Satgi rebah pulak kat dalam PWTC nanti", gurau aku. Memang, perut aku pun mula berbunyi dah ni. Cuma pekena secawan kopi jer tadi semasa sampai rumah adik aku tadi.


Kami terus menuju ke sebuah medan selera, yang letaknya di belakang PWTC, bersebelahan dengan sungai.



 photo 20131118_114450_zpsf5c2a7e0.jpg



Kat situ, aku jamu selera dengan semangkuk soto, isteri, kakak dan adik merasa nasi ayam dan bangcik dengan nasi campurnya.


Rasanya?.... bolehlah. Yang ni saja yang ada....



 photo P1170741_zps0ee639fd.jpg



Selesai menjamu selera, kami terus menuju ke arah PWTC. Rasa segar sikit sebab perut dah berisi. Alhamdulillah, rasanya tak ramai lagi pengunjung sebab hari kerja.



Kami masuk ke dalam PWTC dari arah hotel...rasanya sebelah tepi PWTC.



 photo P1170742_zps7cefdeab.jpg



Datang dari Perlis...dan berada di tepi Perlis Room..



 photo P1170743_zpsd6bd13cd.jpg



"Ayah...kita nak pi mana ni?", tanya bangcik.



"Kita nak pi tengok pameran kereta..", balas aku.


"Adik nanti nak beli 3 kereta," ujar adik pula. "Bangcik nak beli berapa?" sambung adik bertanya kat Bangciknya.


"Bangcik nak beli 2 ja...", balas Bangcik.


"Kalau nak beli kereta banyak-banyak...kena ngaji pandai-pandai... Nanti ayah dengan Ibu boleh tumpang... hahaha..." balas aku.


 photo P1170745_zpsf749771a.jpg



Kami terus berjalan ke bahagian pameran.



 photo P1170746_zps3e877265.jpg


Sampai jer kat depan.. kami terus beratur untuk membeli tiket. Kami dapat tiket pakej keluarga yang berharga RM30.



 photo IMG_20131118_124143_zps224cac92.jpg



Sebelum masuk, keratan tiket tu ada untuk cabutan bertuah. Antara hadiah cabutan bertuah adalah kereta Volkswagen. Kena hantar dulu keratan cabutan bertuah ni. Mana tau kot-kot ada tuah... hehehe..


 photo P1170747_zps1f46f992.jpg


Selepas jawab beberapa soalan dalam cabutan bertuah tu...kami teruskan perjalanan kami...untuk meneroka autoshow kali ni...


 photo 
IMG_20131118_124455_zps95a3cb36.jpg



Sebelum tu... tengok map dulu.. kot-kot tersesat... =P



 photo P1170748_zpsccc32c2a.jpg



Yang paling seronok... adik dan bangcik... berlari-lari sambil menggayakan memandu kereta...



 photo P1170749_zps52b7e324.jpg



Sempat bergambar sekejap... sebelum masuk ke dalam dewan pameran.. Sekali masuk dah tak boleh berpatah balik lagi...



 photo P1170750_zps3eb8ef26.jpg



Untuk menuju ke Hall 1, jauh juga berjalan...



 photo IMG_20131118_125338_zps4d76c25c.jpg



Ok... nanti kita tengok apa yang ada kat Hall 1...



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam


-bersambung-

2 ulasan:

  1. Seronoknya...bila nsk balik Perlis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Mah, kami ke KL pada 17/11 yang lepas dan ke PWTC pada 18/11. Balik semula ke Perlis 20/11 yang lepas...

      Padam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...