22 November 2013

FAMILY TRIP 2013 @ KLIMS 2013

Assalamu'alaikum,


Alhamdulillah, sekali lagi acara yang diadakan selang 2 tahun sekali...kembali.



Acara autoshow... Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2013. Yang terakhir diadakan pada tahun 2010 yang lalu. Dan seperti kebiasaan, acara diadakan di PWTC, Kuala Lumpur dari 15 November 2013 hingga 24 November 2013.




Kali ini, Alhamdulillah, kami sekeluarga berkesempatan untuk mengunjungi acara ini yang kebetulannya mula cuti sekolah.



Sekali lagi untuk tahun ini, kami sekeluarga ke sana dengan menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM).



Kami sekeluarga bertolak dari rumah pada 17 November 2013 yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada Adik Zizi yang sudi menghantar kami sekeluarga ke stesen keretapi di Arau yang masih dalam proses pembinaan bagi menggantikan stesen yang lama.


 photo IMG_20131117_194353_zps9988d47f.jpg



Keretapi telah dijadualkan bertolak dari Arau pada pukul 7.30 pagi...dan sampai KL Sentral kurang lebih jam 6.30 pagi keesokkan harinya.



 photo 20131117_193429_zps5c3ab672.jpg



Tiada aktiviti yang kami lakukan...selain dari duduk...bangun...makan...tidur...baca buku sekejap yang memang telah dibawa...sehinggalah sampai KL Sentral.



 photo 20131117_195042_zps79fd2336.jpg



Sampai KL Sentral...Alhamdulillah...Adik aku datang ambil...dan menginap di rumahnya.



Lepas mandi dan rehat sekejap...kami akan ke PWTC...dengan menggunakan perkhidmatan komuter...



InshaAllah...akan aku sambung catatan kami sekeluarga di KLIMS 2013 ni...



Ok lah...sampai berjumpa lagi...


Bersambung...



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...