24 Oktober 2013

MOTOGP 2013 @ SEPANG

Assalamu'alaikum,


Oktober datang lagi. Antara acara dunia yang ditunggu-tunggu setiap tahun berlangsung lagi. Di mana? Di mana lagi kalau bukan SIC, Sepang. Teringat kenangan lama di Batu Tiga, Shah Alam suatu ketika dulu, di zaman kegemilangan Eddie Lawson, Wayne Rainey, Kenny Roberts, Wayne Gardner dan Mick Doohan. Di zaman FB, twitter dan digital kamera belum ada. Semua info hanya dari suratkhabar dan majalah serta moment dari kepingan-kepingan ganbar dari kamera filem.




Untuk kali ini, sekali lagi aku berpeluang untuk menonton secara langsung sukan kegemaran aku dan seperti biasa aku ke Sepang bersama Che Ami dan anaknya.


 photo 20131012_103549_zps04f3c65c.jpg


MotoGP kali ni berlangsung dari 11 Oktober 2013 hingga 13 Oktober 2013, 2 hari sebelum Raya haji yang jatuh pada 15 Oktober 2013.



Hari Pertama


Kami bertolak dari Kangar pada hari Jumaat sebelah petang, kurang lebih jam 4 petang. Alhamdulillah, cuaca agak bagus berbanding tahun lalu yang hujan. Tapi kebelakangan ni, setiap hari boleh dikatakan berhujan.

Perjalanan kami agak lancar menghala ke Kuala Lumpur, berbanding yang menghala ke utara. Mungkin kerana ramai yang pulang untuk berhari raya.


 photo 20131011_185444_zpsd5b3cfff.jpg

Pertengahan perjalanan, kami singgah sebentar di Sungai Dua untuk menjamu selera di Char Kue Teow Sungai Dua. Alhamdulillah, kedai buka. Cuma kesian kat isteri aku yang belum lagi berpeluang merasa char kue teow di sini. Dah dua kali aku bawa famili untuk merasa masakan di sini namun kedai tutup.



Selesai mengisi perut dengan sepinggan char kue teow special dan sebungkus nasi lemak serta secawan nescafe tarik, perjalanan diteruskan. Alhamdulillah, perjalanan lancar. Kami sampai Selayang lebih kurang jam 11 malam.



Hari Ke-2



Seawal jam 7 pagi hari sabtu, kami bertolak ke Sepang. Perjalanan dari Selayang ke Sepang mengambil masa lebih kurang sejam.

Perjalanan lancar dan cuaca agak baik walaupun ternampak tompok-tompok awan hitam berarak lalu di langit.


Sebaik sampai Sepang, sebelum masuk ke SIC, kami singgah sebentar untuk bersarapan di salah sebuah kedai mamak di situ, kedai yang sama kami singgah tahun lepas.


 photo 20131012_083852_zpsd35309d1.jpg


Satu pembaharuan yang dapat dilihat. Pelayan kedai mengambil order dengan menggunakan telefon pintar dan bilnya terus dicetak pada printer yang letaknya berdekatan. Teknologi zaman moden. Pelanggan nanti bawa bil ke kaunter, terus buat pembayaran.



Selesai bersarapan, terus kami bergerak ke SIC. Alhamdulillah, kami dapat parking kereta dekat sikit dan tahun ni, bayaran parking dikenakan RM10 sekali masuk.


Hari ni diadakan free-practice dan ujian masa untuk tentukan petak perlumbaan pada esok hari.


Sebelum masuk ke Main Grand Stand, kami berpusing-pusing sekitar kawasan jualan dan pameran. Sesi membeli belah sedikit t-shirt untuk kenang-kenangan.


 photo P1170426copy_zps7b5d6e80.jpg


Beberapa gambar yang aku sempat snap...


 photo P1170424copy_zpse276631f.jpg


 photo P1170423copy_zpsd4bf69da.jpg


 photo P1170421copy_zpsbe75ca1c.jpg


 photo P1170420copy_zps884082d6.jpg


 photo P1170417copy_zpsd5424399.jpg


 photo P1170413copy_zps60d46cf6.jpg


 photo P1170412copy_zps2eac376d.jpg


 photo P1170411copy_zps491c5536.jpg


 photo P1170410copy_zps21d549f7.jpg


 photo P1170409copy_zps1e3205a7.jpg


 photo P1170407copy_zps79fcd5d6.jpg


 photo P1170406copy_zpsfb2968f0.jpg


 photo P1170405copy_zps25eef275.jpg


 photo P1170404copy_zps27c15a66.jpg


 photo P1170403copy_zpsee6f4822.jpg


 photo P1170402copy_zpsd63ac7bb.jpg


 photo P1170400copy_zpsb29d2de4.jpg


 photo P1170399copy_zpsb0dba898.jpg


 photo P1170397copy_zps98367ff3.jpg

 photo P1170429copy_zps192bec03.jpg



Ujian masa dimulakan dengan Moto3, MotoGP dan akhir sekali Moto2. Seperti tahun lalu, Moto3 disandarkan kepada Zulfahmi, manakala dalam kategori Moto2 sekali lagi Hafizh Syahrin dibawa masuk dengan tiket wild card dan seorang lagi pendatang baru, Azlan Shah.

Hampir 6 petang baru kami keluar dari SIC, singgah makan sekejap di salah sebuah kedai masakan pattani di Kampung Salak. Boleh tahan juga masakan kat situ. Cepat dan sedap.


Hari Ke-3


Sesudah subuh kami bergerak ke Sepang dari Selayang. Lebih kurang pukul 7 pagi kami sampai dan Alhamdulillah, dapat parking kereta agak dekat dengan pintu masuk utama.

 photo P1170396copy_zps02824b90.jpg


Sebaik masuk, terus kami bersarapan kat tempat duduk penonton. Acara dimulakan dengan perlumbaan MSS dan kemudiannya Piala Kawasaki Ninja 250.


 photo 20131013_083354_zpsea04931e.jpg



Lebih kurang jam 1 tengahari baru perlumbaan bermula. Bermula dengan kategori Moto3. Namun Zulfahmi tidak dapat masuk dek kecederaan tangan yang belum pulih.


Peminat hardcore Rossi...siap buat tatoo kat kaki...


 photo P1170434copy_zps887cb187.jpg

 photo P1170435copy_zps89964d9e.jpg



Kemudian permulaan bersambung dengan kategori Moto2 yang turut disertai Hafizh Syahrin dan Azlan Shah. Perlumbaan terhenti seketika kerana kemalangan yang membabitkan ramai pelumba dan dimulakan semula. 


 photo P1170642_zps5b20c0c2.jpg

 photo P1170507_zps233d28cf.jpg

 photo P1170493_zps2be81c13.jpg

 photo P1170455_zps6ee2d01b.jpg


Tahniah Hafizh kerana mendapat tempat ke-6. Dengar khabar tahun depan Hafizh akan masuk Moto2 secara penuh dengan Team Petronas.

 photo P1170458_zps53caefcb.jpg

Dalam kategori MotoGP, Rossi mendapat tempat ke-4.


 photo P1170448_zps68da255c.jpg

Alhamdulillah, kali ni aku sempat bertemu dengan Mat Shah dari Kuantan, yang selama ini dok menyembang secara on-line saja dalam group whatsup Sobat Baik Malaya.

 photo 20131013_092055_zps97431018.jpg

Selesai perlumbaan, kami bergerak pulang sekitar jam 7 malam. Alhamdulillah, perjalanan agak lancar dan aku sampai rumah sekitar jam 4 pagi.



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...