10 Oktober 2013

MAJLIS PERPISAHAN WBL 2013

Assalamu'alaikum,


Lama juga aku tak menulis dalam blog ni. Dek kesibukan sikit dengan kerja-kerja seharian, travelling dan menguruskan hal-hal berkaitan dengan pengubahan dan penambah-baikan rumah semenjak Mei lepas.


InshaAllah, seminggu dua lagi..siaplah rumah ni.




Hari ni.. agak lapang sikit.. dan aku nak mencoretkan sedikit acara yang berlangsung tadi kat office.


Majlis meraikan pelajar-pelajar WBL (Work Base Learning).. di mana projek usahasama antara FMS dengan pihak Politeknik untuk pelajar kursus Advance Diploma Bio-medical Engineering.



Alhamdulillah.. tahun ni aku telah dilantik untuk menjadi salah seorang mentor dalam bidang radiologi.



Kali ni.. adalah kali ketiga pelajar-pelajar WBL di tempatkan di Kangar. Seorang berasal dari Sabah iaitu Adila dan seorang lagi berasal dari Baling, Kedah iaitu Fatimah.


Mereka telah berada di Kangar semenjak 10 bulan yang lalu dan bakal menamatkan pembelajaran mereka seminggu dua lagi.



So...majlis ni bagi meraikan mereka dan sebagai majlis perpisahan untuk mereka.



Seperti biasa...seperti majlis-majlis yang lepas...pelbagai makanan disediakan.


Dan...pengelolanya seperti biasa...mak-mak bunga yang ada di Kangar ni yang menguruskan hal-hal makanan iaitu Aishah, Shidah dan Fiza.



Antara menu yang terhidang kali ni... adalah laksa Kuala Perlis, bihun goreng, cheese cake, puding, kacang goreng dan tembikai. Tekak pula dibasahi dengan air ribena limau.



Sebelah paginya... kami menjamu selera dengan sedapnya kira-kira jam 12 tengahari.. dan sebelah petangnya acara ucap-ucapan dilangsungkan serta pemberian sedikit cenderahati sebagai tanda ingatan.



Jom... layan sedikit gambiran yang aku sempat ambil tadi...



 photo Photo0015_wm_zps3e5148e1.jpg
Ucapan dari Adila



 photo Photo0016_wm_zps31f8a845.jpg
Ucapan dari Fatimah



 photo Photo0017_wm_zps31694f65.jpg
Ucapan dari Ah Tong selaku mewakili para mentor



 photo Photo0018_wm_zpsf3a03a51.jpg
Ucapan dari Mohd Nor selaku Team Leader



 photo Photo0020_wm_zpse3cf27fb.jpg
Pemberian cenderahati kepada Adila



 photo Photo0021_wm_zpsc7ac6135.jpg
Pemberian cenderahati kepada Fatimah



 photo Photo0023_wm_zps6503580d.jpg
Penerimaan cenderahati dari Adila dan Fatimah. Terima kasih atas ingatan...



 photo Photo0025_wm_zpsd72c8550.jpg
Hadiah ingatan dari kakak kesayangan mereka... Shidah..



 photo Photo0026_wm_zps6417f6ac.jpg
dan Kak Aishah mereka...



 photo Photo0028_wm_zpsc8912697.jpg
Bergambar kenangan bersama mak-mak bunga opis Kangar...



 photo Photo0029_wm_zps16fe9c32.jpg
Bergambar kenangan seisi sekeluarga Healthtronics Kangar...



  photo Photo0030_wm_zpsf765bf39.jpg
Terima kasih atas ingatan...



Di sini... aku ucapkan selamat berjaya dalam segala lapangan dalam halatuju selepas ini. Terima kasih juga aku ucapkan atas segala pertolongan dan sokongan yang diberikan selama ini dalam menjalankan segala tugasan yang melibatkan bidang radiologi.


Akhir sekali... selamat menempuh masa depan yang mencabar...



Wassalam



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...