18 April 2013

FDT 2/2013: PAK BARA

Ahad
12 Jamadil Awal 1434
24 Mac 2013






Assalamu'alaikum,






Cuti sekolah menjelma lagi selama seminggu. Perancangan telah pun dibuat sebelum cuti sekolah lagi... nak bawa anak bini berjalan-jalan sekitar Pak Bara, Thailand. 



Aku... banyak kali dah ke Pak Bara ni... tapi dengan Kerbau Hitam. Anak bini aku... inilah kali pertama. Saja nak bagi depa merasa ke Pak Bara pulak.



 photo untitled_zpsd8524b03.jpg



Cadangan awalnya... nak bawa depa tidur kat Pak Bara... tapi memandangkan jadual outstation aku yang agak ketat... rancangan telah ditukar ke Family Day Trip (FDT)... pi-balik hari...



Seawal jam 8.00 pagi... kami telah ke Changlun dulu... habuan untuk buat insuran untuk Kenari dan tukar sedikit duit ke THB.



Selesai urusan insuran dan tukar duit... kami terus bergerak ke Wang Kelian. Cadangnya nak bersarapan kat Wang Prachan... makan pulut ayam.



Kurang lebih pukul 11 pagi... kami sampai Wang Prachan. Orang agak ramai kat Wang Kelian dan Wang Prachan... sebab hari ni hari ahad... di mana orang ramai boleh menyeberang sempadan tanpa perlu dokumen perjalanan....



 photo 20130324_110801_zpsff2fe700.jpg



Seperti biasa... selepas urusan cop mengecop border pass dan permit kereta... kami terus ke kedai makan yang selalu aku makan kat Wang Prachan... dan menunya tak lain tak bukan... pulut ayam...



Lebih kurang sejam juga kami dok rehat sambil makan-makan kat Wang Prachan... Selesai makan.. perjalanan menuju ke Pak Bara bermula. Perjalanan kami agak santai-mantai...



Jalan pun agak lengang.....



Kurang lebih pukul 1.00 tengahari kami sampai Pak Bara. Kami terus saja ke Pekan Pak Bara... saja-saja untuk melihat sekitar jeti dan beli-belah t-shirt Pak Bara...



Sempat juga bergambar sekitar Pekan Pak Bara... sebagai kenang-kenangan...



 photo 20130324_132826_zpsc4b9928f.jpg



 photo 20130324_133021_zpsd8ddf00e.jpg



 photo 20130324_134001_zps25c7c27a.jpg



 photo 20130324_134428_zps6e2b16f9.jpg



Jam dah pun menunjukkan pukul 2 petang... perut pun dah berbunyi. Anak-anak juga kelaparan... Kami meninggalkan Pekan Pak Bara... dan menuju ke sebuah kedai makan yang terletak di tepi pantai... sekitar Pak Bara...


 photo 20130324_140435_zps2d915c91.jpg



Sambil-sambil menunggu hidangan sampai... anak-anak seronok bermain... walaupun keadaan pantai yang surut airnya....



 photo 20130324_141013_zpse1b430bb.jpg



 photo P1170269_zps4daab3f8.jpg



Tak lama... hidangan sampai.... dan inilah juadah kami sekeluarga...



 photo P1170270_zps717e65e6.jpg



 photo P1170271_zpsc47afcb9.jpg



 photo P1170272_zps5b304cb3.jpg



 photo P1170273_zps30d7478a.jpg



 photo P1170274_zps2da1c455.jpg



 photo 20130324_151836_zps37330aa5.jpg



Selepas makan... aku biarkan anak-anak bermain lagi sekitar pantai... dan aku berehat sekejap sambil melelapkan mata....



Sekitar jam 4 petang... baru kami mula bergerak untuk pulang. Sebelum tu... kami sempat singgah sebentar kat tapak pasar malam Pak Bara. Nampaknya... peniaga-peniaga baru nak bermula. bermacam-macam ada...



 photo 20130324_161018_zpsad687af4.jpg



 photo 20130324_161113_zpsd0039e33.jpg



 photo P1170275_zpsc34c26d2.jpg



 photo P1170276_zps790c199b.jpg



 photo P1170277_zps77ea46ab.jpg



 photo P1170278_zps71cc1556.jpg



 photo P1170279_zps4923ff72.jpg



 photo P1170280_zps29097b68.jpg



 photo P1170281_zps693c1d4e.jpg



 photo P1170282_zpsf9216c73.jpg



 photo P1170283_zps64357cb1.jpg



 photo P1170284_zps7c641c45.jpg



Selepas berpusing-pusing seketika sekitar tapak pasar malam... perjalanan diteruskan. Perjalanan kami akan diteruskan menuju ke arah Hatyai... yang mana kami akan masuk ke Malaysia melalui Dan nok...



 photo 20130324_171902_zpsb4fef389.jpg



Sebelum tu... berhenti sekejap untuk langsaikan tanggungjawab....



Dalam perjalanan menuju ke arah Hatyai... kami terjumpa sebuah tempat... yang menjual pelbagai barangan kraf tangan. Sempat kami singgah sebentar. Nama tempat ni... aku tak tahu pulak...



 photo P1170290_zpsf78bbfda.jpg



 photo P1170291_zps881757df.jpg



 photo P1170293_zps54d416a5.jpg



 photo P1170294_zps11dd7124.jpg



Selepas membeli sebuah tudung saji anyaman buluh dan rotan... kami teruskan perjalanan. Perjalanan agak lancar...



Akhirnya... lebih kurang pukul 8.45 malam... kami sampai Dan nok... dan berhenti sebentar untuk makan malam...



 photo 20130324_204303_zps13e156da.jpg



Seperti biasa... bila kat Dan nok ni... menu utamanya.. daging bakar ler...



Selepas makan... kami masuk ke Malaysia... 



Akhirnya... Alhamdulillah... kami selamat sampai rumah sekitar jam 11 malam....



Satu perjalanan yang agak panjang... dan pengalaman baru bagi anak-anak dan isteri...



Insha Allah... next trip... nak bawa depa ke Betong pulok....



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam

2 ulasan:

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...