03 Mac 2013

CARI MAKAN 3/2013: LANGKAWI

Jumaat
4 Rabiul Akhir 1434
15 Februari 2013






Assalamu'alaikum,






Sekali lagi... aku bermusafir ke Langkawi bagi melaksanakan tugasan yang dimanahkan ke atas bahu.




Tugasan ni... seperti biasa.. melaksanakan QC test untuk mobile x-ray di Hospital Langkawi.




Seawal jam 6.30 pagi... aku bertolak ke Kuala Perlis.. dihantar oleh isteri. Mudah-mudahan.. dapat tiket feri awal kerana musim cuti sekolah Tahun Baru Cina.



 photo 20130214_074721_zps70303669.jpg



Tengokkan keadaan kereta yang dok parking... boleh dikatakan ramai juga yang ke Langkawi. Alhamdulillah.. sewaktu beratur beli tiket.. tak lah panjang sangat..



Akhirnya.. dapat tiket feri jam 8.15 pagi...



 photo 20130214_073724_zpse3a44e4a.jpg



Memandangkan jam baru pukul 7 pagi... aku dan isteri pergi bersarapan dulu. Dah kat Kuala Perlis.. apalgi kalau bukan laksa Kuala Perlis. =)



Selepas bersarapan... terus aku ke jeti.. menunggu feri. Orang semakin ramai.. terutama yang datang secara berkumpulan..



Kurang lebih jam 8.30 pagi.. feri mula bertolak ke Langkawi. Tak dak apa sangat yang nak dibuat kat dalam feri... cuma tengok video yang disiarkan dan layan wassap.



Hampir jam 9.30 pagi... aku selamat sampai Jeti Kuah. Terus ke kaunter tiket untuk beli tiket balik... dan dapat tiket jam 11.30 pagi keesokkan hari...



Selesai urusan beli tiket.. terus ambil teksi.. gerak ke Hospital Langkawi.



 photo PHOTO_20130214_103150_zps456db55e.jpg



Alhamdulillah... tugasan selesai selepas beberapa jam...



Seperti biasa... aku akan bermalam di Langkawi dan akan balik Perlis esok hari.



Untuk kali ni... aku akan bermalam di Twin Peak Island Resort. Harga bilik yang aku dapat dalam RM99.



Aku kongsi sedikit gambaran resort ni.... yang letaknya di Klebang...



 photo 20130214_151052_zpsad2e727f.jpg

Bahagian depan resort...



 photo 20130214_151116_zps14f4bd21.jpg

Sebelum masuk ke receptionist...



Sementara urusan bilik selesai... aku duduk rehat dulu... dan melihat keadaan sekeliling...



 photo 20130214_125340_zps8b73abca.jpg



 photo 20130214_125346_zps9de95e69.jpg



Selesai urusan... terus ke chalet...



 photo 20130215_083228_zpsbf7eb12e.jpg



Dan... inilah keadaan biliknya...



 photo 20130214_130209_zps4097de01.jpg



 photo 20130214_130214_zps68f42672.jpg



 photo 20130214_130254_zps5afdd022.jpg



 photo 20130214_130314_zps1484fa70.jpg



 photo 20130214_130428_zps21b93af0.jpg



Tak banyak aktiviti yang dilakukan... sekadar baca buku yang dibawa... dan berjalan-jalan kawasan sekitar sementara tunggu waktu malam... dan balik keesokkan harinya...


Cuma.. makan kat Langkawi ni agak mahal sikit...



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam

2 ulasan:

  1. lama sungguh tak jejak kaki kat langkawi.
    best jugak sesekali makan angin.
    As-salam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam...
      Kalau sekali-sekala tu..best juga ke Langkawi ni...
      Kalau dah selalu tu..jemu juga...hehe..

      Padam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...