07 Februari 2013

SERVICE ELEGAN: 19,212KM

Sabtu
14 Rabiul Awal 1434
26 Januari 2013




Assalamu'alaikum,




Minggu depan... InshaAllah aku akan ride ke Betong, Thailand... dengan menggunakan khidmat Si Siput Sedut. Pertama kali Siput Sedut melangkau sempadan. Selama ni... cuma Kerbau Hitam dan Wave saja yang dok seberang sempadan.




Ride kali ni... aku akan join Haji Capt. Azizi Hashim... yang telah ke London dengan Versys... Zurik dan beberapa kawan lagi... yang semuanya dari KL... dan semuanya menunggang scooter dan kapcai.




Aku akan bertolak dari Perlis secara solo... dan akan join mereka di Gerik... sebelum masuk ke Betong. InshaAllah... nanti akan aku kongsi pengalamannya.




Sehubungan dengan tu... persiapan Siput Sedut perlu dibuat... antaranya menukar minyak hitam. Ikut jadual... minyak hitam perlu ditukar pada 20,000 km... tapi sebab nak ke Betong... aku awalkan sikit.




 photo 20130126_082640_zps81de4b67.jpg




Seawal jam 8 pagi... aku mulakan proses penukaran minyak ni... dan beberapa pemeriksaan basic..




Sambil dok menunggu minyak turun habis... sempat juga aku siram sayur yang ditanam kat tepi rumah... dan tebang pokok mempelam lama... serta cantas dahan pokok manggis.




Akhirnya.. siap habis sehingga tiada minyak menitik... dan proses penuangan minyak baru bermula... dan siap akhirnya...




"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."




Wassalam

1 ulasan:

  1. Salam, jemput ke rumah hamba. Saya pun pakai Elegan dan keep track performancenya at ahlek76.blogspot.com . Tq.

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...