09 Februari 2013

RIDE BETONG 2013: DAY 1 @ BORDER

Jumaat
20 Rabiul Awal 1434
1 Februari 2013



Selepas solat Jumaat, lebih kurang jam 2.15 pm... aku mula bergerak menuju ke Pengkalan Hulu. Sebelum tu.. isi petrol dulu kat sebuah stesen minyak kat Baling ni. Bukan apa.. biar tangki penuh bila masuk Thailand. Sekurang-kurangnya.. mampu bertahan lama sikit dan jika boleh mampu bertahan hingga keluar dari Betong nanti... sebab petrol kat Thailand mahal harganya.




 photo P1170062_zps5533d87d.jpg



Perjalanan menuju ke Imigresen Malaysia... yang letaknya di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu... melalui jalan lama Baling-Gerik... yang melalui Pengkalan Hulu. Jaraknya dari Baling pun cuma sekadar beberapa kilometer saja... berbanding jika lalu jalan Baling-Gerik yang baru... yang terus menghala ke Gerik.



 photo P1170063_zpseac46899.jpg



Tadi... syok layan kona dari Beris Jaya hingga Baling... kali ni layan kona dari Baling hingga Pengkalan Hulu ler pulak... tapi perlu mendaki bukit. So... pergerakan Siput Sedut ni agak perlahan... almaklumlah.. enjin lama dan automatik pula tu... tak boleh menukar gear secara manual. Namun... akhirnya Siput Sedut berjaya mengharungi cabaran mendaki... dengan load yang agak berat... berat aku sendiri, pakaian dan beberapa tools yang dibawa... in case berlaku minor breakdown di tengah-tengah perjalanan..



 photo P1170064_zps2a44f42d.jpg

Jalan pintasan ke sempadan...



 photo P1170065_zps0e86ce7e.jpg

Kiri-kanan jalan ke sempadan Malaysia-Thailand agak sunyi....



 photo P1170066_zpsa95dcac3.jpg



Akhirnya.. lebih kurang jam 3.30 pm... aku sampai ke Kompleks Imigresen Bukit Berapit, Pengkalan Hulu. Dan... Napi tiba tak lama kemudian. Kawan-kawan dari KL.. masih belum sampai lagi.



 photo 20130201_145517_zps2a86bce4.jpg

Panas lit-lit... Berhenti rehat sekejap kat bawah pokok tepi jalan...



Tak lama... aku terima call dari Zurik... rupa-rupanya mereka menghadapi sedikit masalah dengan scooter Kapten Zulfa.... dan khabarnya scooter Kapten Zulfa terpaksa ditunda sehingga Simpang Pulai.




Namun... beberapa masalah yang berlaku dapat diatasi. Inilah semangat yang perlu jika menceburi hobi bermotorsikal... hati kena kental dan semangat kerjasama perlu tinggi. Hati mau kental untuk menghadapi sebarang masalah yang melanda



 photo 20130201_154228_zps852ba1eb.jpg

Sambil-sambil tunggu kengkawan sampai... aku dan Napi rehat sambil minum kat kedai berhampiran... Siap makan nasi goreng lagi.. Lapar beb.. Tak makan lagi sejak pagi...



 photo 20130201_154239_zps4351b64b.jpg

Napi ambil peluang mengisi white card... Aku cuma guna border pass jer.. 



Jam pun dah menunjukkan pukul 5 pm. Kengkawan masih lagi belum sampai... Jadi aku ambil peluang untuk melihat-lihat sekitar Kompleks Imigresen Bukit Berapit, Pengkalan Hulu ni... yang pertama kalinya aku sampai...



 photo P1170067_zpsabfeedf7.jpg

Kompleks Imigresen yang kelihatan dari kejauhan... dari tempat aku parkirkan Siput Sedut...



 photo P1170068_zps09e2ef08.jpg

Jom... jalan pi dekat sikit.. tinjau-tinjau..



 photo P1170069_zps83fc0c39.jpg

Peraturan untuk kenderaan Thailand masuk ke Malaysia...



 photo P1170070_zpsb4abaa75.jpg

Pintu pagar yang akan ditutup pada pukul 11 malam...



 photo P1170071_zps6d82fb5b.jpg

Kompleks Imigresen... sat gi kengkawan sampai... kita masuk ke dalam...



Aku patah balik dulu kat motor.. dok relaks-relaks dulu.. tunggu kengkawan sampai...



-Bersambung-



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...