22 Rabiul Awal 1434
3 Februari 2013
Assalamu'alaikum,
Tamatlah sudah kembara kami di Betong.... ride scooter. Inilah anggota kami... selama berada di sini 3H2M.. yang diketuai Capt Haji Azizi Hashim (SYM 200), Haji Sabri dan Dr ZoolMD (SYM 200), Capt Zulfa dan isteri (SYM 200), Zurik (SYM 200), Idrusk (SYM 200), Azuwan Dol (SYM 250i), Ashraf (SYM 200), aku (Elegan 150) dan Napi (FZ150) yang pulang awal sehari kerana panggilan tugas.
Bersiap untuk bergerak balik...
Bergambar kenangan... Dari kanan.. Capt Haji Azizi, aku, Ashraf, Haji Sabri, Dr ZoolMD, Azuwan, Zurik, Idrusk dan Capt Zulfa..
Berhenti bersarapan dulu... Idrusk dan Capt Zulfa..
Jemput makan...
Selepas bersarapan.... kami terus bergerak pulang ke Malaysia...
Menghampiri Kastam Thailand...
Selamat tinggal Betong... Insha Allah.. ada rezeki.. aku datang lagi...
Selamat kembali ke Malaysia...
Pos Imigresen Malaysia...
Urusan cop border dan passport...
Selesai cop border dan passport... kami berhenti sebentar....
Mula bergerak selepas berehat sebentar...
Dan aku berpisah dari group.. yang mana aku bergerak solo pulang ke Perlis melalui Baling... manakala yang lain-lain bergerak pulang ke KL melalui Felda Nenering...
Gerakan solo bermula...
Selamat datang ke Kedah Darul Aman...
Layan kona sambil menuruni bukit...
Melalui Jalan Durian Burung...
Layan kona lagi...
Cuaca cantik... dan jalan clear...
Menghala ke Sik pula...
Jauh lagi ni....
Menghala ke Jeniang...
Cuaca masih lagi cantik....
Sampai Pekan Jeniang...
Rehat sebentar kat Tol Gurun.. melegakan tekak dan kebas punggong... =P
Teruskan perjalanan selepas top-up petrol kat R&R Gurun...
Sampai Alor Setar...
Memasuki Bandaraya Alor Setar...
Sampai Perlis... akhirnya. Alhamdulillah...
Suasana biasa di kampung aku. Membakar jerami selepas musim menuai...
Dan tiupan angin yang kuat... sesuai untuk main layang-layang...
Banyak pengalaman manis yang dapat ditimba dari ride kali ni... yang tetap terpahat di sanubari. Inilah jarak terjauh yang dilalui oleh Siput Sedut... yang sebelum ni hanya khidmat Kerbau Hitam yang selalu digunakan untuk perjalanan jarak jauh. Ternyata... Siput sedut juga berjaya menghadapi cabaran walaupun sudah agak berumur.
InshaAllah... jika diizin Allah.... buat lagi event seperti ni... kerana banyak lagi tempat yang masih belum diterokai... atau diterokai semula.....
Bak kata Capt Haji Azizi.... "Go Travel...."
-Tamat-
"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."
Wassalam






























Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...