13 Februari 2013

RIDE BETONG 2013: DAY 2 @ PIYAMIT TUNNEL I

Sabtu
21 Rabiul Awal 1434
2 Februari 2013



Assalamu'alaikum.



Piyamit Tunnel berada kira-kira 10 km dari hotel penginapan kami. Secara berkonvoi... kami bergerak ke sana... berpandukan GPS yang aku bawa. Best juga jalan ke sana... berbelok-belok dan syok layan kona... cuma jalannya agak mendaki kerana terowong komunis ni letaknya di atas bukit.




 photo P1170099_zps71b88315.jpg

Walaupun hari sudah cerah... namun cuaca masih lagi dingin...



 photo P1170100_zps30bb3101.jpg

Suasana sambutan Tahun Baru Cina sudah terasa sekitar Pekan Betong ni....



 photo P1170101_zps79d2b8e1.jpg

Kami melintasi Pejabat Pos Betong... di mana letaknya peti surat yang besar dan tinggi... Insha Allah... kami akan singgah nanti...



 photo P1170102_zpsf44ea412.jpg

Sudah keluar dari kawasan Pekan... dan memasuki kawasan kampung. Sekeliling kami hanyalah kebun getah... malah terdapat sekatan tentera yang perlu dilalui. Alhamdulillah... kami dapat melaluinya dengan tanpa sebarang masalah. Sebelum tu... kat depan dalam 6 km terdapat sebuah kawasan air panas (hotspring).. InshaAllah.. akan kami singgah nanti...



 photo P1170103_zps4ddb7c9d.jpg

Melintasi kawasan perkampungan...



 photo P1170104_zpsc603566e.jpg

Alhamdulillah... cuaca cukup cantik...



 photo P1170105_zps61058e3f.jpg

Mula memasuki kawasan hutan dan kawasan kebun getah. Suasana amat sunyi. Jalan mula mendaki bukit dan bengkang-bengkok... Boleh layan kona.. hehehe.. Cabaran Siput Sedut bermula...



 photo P1170106_zps892ad70d.jpg

Memasuki pintu gerbang kawasan Piyamit Tunnel...



 photo P1170107_zps0e74c828.jpg

Melintasi kawasan menara pandang... yang akan kami singgah nanti... Insha Allah..



 photo P1170108_zps4bec4f21.jpg



Lebih kurang setengah jam... kami sampai ke bukit yang menempatkan Piyamit Tunnel ni. Motor terpaksa diparkirkan di luar kerana kenderaan tidak dibenarkan masuk. Maka... mendakilah kami ke atas.





 photo P1170109_zps6d43548a.jpg

Kenderaan tidak dibenarkan dibawa naik ke atas. Jadi terpaksalah diparkirkan kat bawah ni... Jadi.. mendakilah kami ke atas.. Fuh!!!... longgar rasa lutut beb... =P



 photo P1170110_zps2d465db7.jpg

Sampai juga kat atas ni.. dan kat depan pintu masuk ke kawasan terowong. Tapi... ni bukan lagi terowong tu... kami terpaksa mendaki bukit lagi di sebelah sana pintu ni...



 photo P1170111_zpsae864ef6.jpg

Serba sikit info mengenai terowong ni...



 photo P1170112_zpse81de8c3.jpg



Bayaran masuk ke kawasan terowong... RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Ada trek dibina untuk mendaki ke atas... ke pintu masuk terowong.



 photo P1170113_zps8bc840fb.jpg

Tapi... sebelum masuk.. kami berehat sekejap kat kawasan ni... yang terdapat kawasan kedai jualan cenderahati.. Lihat.. Idrusk dan Kapt Zulfa siap beli topi komunis lagi... hehehe... =)



 photo P1170114_zps6ae18007.jpg

Tapi.. apa yang aku lihat.. barangan yang dijual tak berapa banyak... 



 photo P1170115_zps7f708d8c.jpg

Tiket dah pun dibeli...



 photo 2013-02-02111720-2_zps3ca3df6b.jpg

Sebelum tu... bergambar kenangan dulu.. credit to Kak Ee....



-bersambung-



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...