12 Februari 2013

RIDE BETONG 2013: DAY 2 @ PAGI DI BETONG

Sabtu
21 Rabiul Awal 1434
2 Februari 2013



Assalamu'alaikum,



Hari ni.... adalah hari ke-2 aku dan kawan-kawan di Betong. Lega dan segar rasanya setelah berehat dan tidur semalam. Nyenyak.. mungkin dek kepenatan.



Pagi di Betong ni agak sejuk. Mungkin kedudukan di kawasan yang agak tinggi dan berbukit. Terasa sejuk macam berada di sekitar Cameron Highland... bagi aku ler.



 photo 20130202_073021_zps6fe84105.jpg

Siput Sedut bersama-sama dengan Siput Gondang.... =)



 photo 20130202_073042_zps0a34793a.jpg

Puas berehat... dan hari ni bakal dikerah lagi...



Cuma... tak nampak ler kabus seperti Cameron Highland. Pagi di sini juga masih kedengaran ayam yang berkokok bersahut-sahutan... dan masih lagi kedengaran azan yang berkumandang.



 photo 20130202_073249_zps09ac12fc.jpg

Suasana pagi... sekitar hotel... seeejuuuuukkkk.....



 photo 20130202_074108_zps390fa5e1.jpg

Dilarang membawa senjata merbahaya....!!! Tak pernah lagi aku jumpa sign macam ni sekitar Malaysia...



 photo 20130202_075025_zps67e25585.jpg

Pepagi ni... layan tengok pokok bunga best jugak...



Perancangan hari ni... kami akan melawat ke Piyamit Tunnel dan sekitar Pekan Betong. For info... Piyamit Tunnel ni adalah terowong tinggalan komunis... yang dibina dulu untuk bersembunyi dari pihak berkuasa. Kita ketepikan dulu cerita bab Piyamit Tunnel ni... jom aku nak kongsi dulu pengalaman awal pagi ni



Selepas semua bersiap... kami bergerak ke sebuah kedai makan berhampiran untuk bersarapan.



 photo P1170092_zpsf9da2c4a.jpg



Secara berjemaah... kami menuju ke kedai makan... yang letaknya tak jauh dari hotel. Alhamdulillah... kedai makanan Islam ni banyak menghidangkan masakan melayu... dan pemiliknya juga boleh berbahasa melayu pattani (dialek Kelantan).



 photo P1170093_zpsb535b4f2.jpg

Pepagi ni... jalan agak lengang sekitar Betong.. Yang nampak hanya.... seorang dua wanita dot dot dot yang keluar dari sekitar hotel di sini... pulang ke sarang masing-masing... =P



 photo 20130202_090319_zpse1522e18.jpg



Banyak menu yang dihidangkan... antaranya nasi dagang, pulut dan nasi kerabu. Lauk pun berbagai-bagai jenis... termasuk cucur pulut dakap dan karipap. Aku mencuba nasi dagang berlaukkan gulai belut. Saja jer nak merasa. Dan... memang sedap.



 photo 20130202_093745_zpsb4f38f6b.jpg



Selepas bersarapan.. kami pulang ke hotel untuk bersiap ke Piyamit Tunnel.



 photo P1170094_zpsab5f9605.jpg

Sempat berjumpa dengan Uncle ni... yang datang dari Ipoh.. dengan menunggang Yamaha FZ1000.... Haji Sabri dok korek rahsia kot.... hihihi.. =)



 photo P1170095_zpsa6cf54af.jpg

Masa yang terluang... apa lagi.. hapdet wassap dan fb ler .. tu pun makalu ada waifai... hehehe... =P



 photo P1170096_zps72f87233.jpg

Doc ZoolMD pun turut mengorek rahsia dari Uncle ni...



 photo P1170097_zps195e90e0.jpg

Sesi mengorek dan mengongsi pengalaman mengerjakan haji... dari pengalaman Haji Kapten Azizi dan Haji Sabri...



 photo P1170098_zps4208c232.jpg

Semua dah bersiap ker...???



Oklah... kami bersiap dulu untuk ke Piyamit Tunnel...



-Bersambung-



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."




Wassalam

1 ulasan:

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...