10 Februari 2013

RIDE BETONG 2013: DAY 1 @ BETONG

Jumaat
20 Rabiul Awal 1434
1 Februari 2013



Assalamu'alaikum,



Hampir 2 jam menunggu... akhirnya konvoi yang diketuai Kapten Haji Azizi sampai. For info, Kapten Haji Azizi adalah salah seorang dari team EM1M yang telah bermotorsikal dari Kuala Lumpur hingga London... beberapa tahun lalu dengan menunggang Versys 650.




Tanpa berlengah... kami menuju ke arah Imigresen Malaysia... dan seterusnya Kastam Thailand. Selesai urusan... kami terus bergerak menuju ke Pekan Betong... yang jaraknya beberapa kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand kerana hari semakin gelap.




 photo P1170072_zps32a81566.jpg

Beratur untuk cop passport dan border pass kat Imigresen Malaysia...



 photo P1170073_zps6faf1645.jpg

Disebabkan motor Kapten Zulfa mengalami kerosakan yang agak serius... Kapten Zulfa dan isteri menunggang motor yang dibawa Dr ZoolMD. Manakala Dr ZoolMD menjadi pillion kepada Haji Sabri.



 photo P1170074_zps92bac726.jpg

Tunggu sekejap untuk semua berkumpul...



 photo P1170075_zps6368644d.jpg

Mula bergerak ke Kastam Thailand...



 photo P1170076_zps483a4ee9.jpg

Melangkah masuk ke Thailand...



 photo P1170077_zps45a4ee55.jpg

Alhamdulillah... jejak juga kaki aku ke Thailand melalui Betong...



 photo P1170078_zps3f8a4c2f.jpg

Betong Customs House... Urusan mengecop passport dan border pass sebelah Thailand... macam biasa.. sekali cop kena RM2 atau THB20...



 photo P1170079_zps60f16eac.jpg

Bagi yang menggunakan passport... kenalah isi dulu white card.. Macam aku yang pakai border pass.. terus cop jer..



 photo P1170080_zps14492267.jpg

Welcome to Kingdom of Thailand...



 photo P1170081_zpsf93b62f2.jpg

"Cepat... cepat... hari dah nak gelap....!!!"



 photo P1170082_zps661aeca2.jpg

Jalan menuju ke Pekan Betong agak berliku.. kiri-kanan bak ular dipalu. Kiri-kanan jalan juga penuh dengan kawasan pokok getah dan hutan...



 photo P1170083_zpsd3de4a3b.jpg

Kawasan penempatan kecil sebelum Pekan Betong...



 photo P1170084_zps3d798663.jpg

Kat depan... terdapat simpang ke Yala. Aku refer kat Google Map.. jalan ke Yala.. dan boleh terus ke Khlong Ngae yang jaraknya hampir 250 km...



 photo P1170085_zpsa0291f34.jpg



Hotel telah pun ditempah di Penthouse Resort. Semasa sampai perkarangan hotel... hari dah semakin gelap. Urusan bilik terus diuruskan oleh Zurik... dan aku sebilik dengan Idrusk... dengan harga THB790. Alhamdulillah... bilik cukup luas dan memuaskan.



 photo P1170086_zps13a52fef.jpg

Dah semakin gelap semasa sampai hotel...



 photo P1170087_zpse3d75cdc.jpg

Inilah bilik aku dan Idrusk....



Kurang lebih pukul 8 malam waktu Malaysia... kami keluar untuk makan malam. Dan kami singgah di salah sebuah restoran muslim yang letaknya berhampiran dengan hotel.



  photo P1170088_zps8d25d28e.jpg

Di hadapan restoran...



 photo P1170089_zpsb736fc22.jpg

Apa nama restoran pun aku tak tau... tulisan banyak sangat cengkoi...



Tapi... yang bestnya.. makan kat sini boleh bayar dengan RM.. dan tuan kedai boleh berbahasa melayu. Jadi segala urusan agak senang...



Sebelum makan... jom kita tengok hiasan dalaman restoran ni sikit...



 photo 20130201_203856_zps248fe083.jpg

Beberapa jenis keris yang dipamerkan kat dinding...



 photo 20130201_203902_zpseca4c076.jpg

Beberapa keping lukisan dan ukiran yang dipamerkan kat dinding...



 photo 20130201_203911_zps6b889b7d.jpg

Restoran dibahagikan kepada 2 bahagian... smooking dan non-smooking area. Hiasan dalaman amat cantik dan nampak agak exclusive.



 photo 20130201_204809_zps0730d231.jpg

Sebelum makanan sampai... layan minum air pegaga dulu.. memang sedap...



Inilah antara makanan yang telah diminta.. gambiran kredit kepada Kak Ee Mohd Salleh.. isteri Kapten Zulfa...



 photo 2013-02-01205830-1_zps984e45b8.jpg

Daging goreng...



 photo 2013-02-01205948-1_zps96c2dcc9.jpg

Ulaman timun dan kacang panjang..



 photo 2013-02-01210010-1_zpseef7923c.jpg

Telur goreng dadar.. Tebal telurnya...



 photo 2013-02-01210931-1_zps9695b7e1.jpg

Sayur kailan ikan masin dan ikan masinnya agak besar...



 photo 2013-02-01211357-1_zpse42628fa.jpg

Isi ikan bersama kerabu mangga...



 photo 2013-02-01211404-1_zps635be084.jpg

Tak ketinggalan... Tomyam dan nasi... Aku banyak meratah lauk saja berbanding makan nasi...



 photo 20130201_203726_zpsa70b8d92.jpg

Sebelum tu... masing-masing sibuk memilih menu...



 photo 20130201_203733_zps21812132.jpg

Dan update FB dan Wassap... serta report ke 'HQ'... hehehe... =P



 photo P1170090_zpsf051d024.jpg



Selepas makan... kami berjalan-jalan sekitar Pekan Betong... melihat suasana malam di sini...



 photo P1170091_zpsd8dcd492.jpg

Suasana yang jarang-jarang dapat dilihat. Begitu banyak burung-burung bertenggek kat kabel elektrik dapat dilihat sekitar Pekan Betong ni...



OKlah... kami semua nak berehat sekejap... kesian juga dengan kawan-kawan dari KL... yang menunggang hampir 12 jam untuk sampai Betong ni...



-Bersambung-



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam

5 ulasan:

  1. jauh berjalan, luas pandangan.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. terima kasih... mana boleh lawan globe rider...

      Padam
  3. Assalaamualikum,,,,Tn ,,boleh tau lokasi penthouse resort ni kt mana,, nampak mcm menarik.,,no talipon resort ada ka /email,,,tq

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...