08 Februari 2013

RIDE BETONG 2013: DAY 1 @ BALING

Jumaat
20 Rabiul Awal 1434
1 Februari 2013




Assalamu'alaikum,




Apa yang telah dirancang... terlaksana sudah hari ni. Keinginan untuk menjejakkan kaki di Betong, Thailand.




Ride kali ni... aku menggunakan khidmat Siput Sedut... dan ride kali ni... aku join kawan-kawan dari KL... yang semuanya menunggang scooter.





 photo P1170047_zpsaf7cabd7.jpg

Enjin Siput Sedut sedang dipanaskan. Semoga perjalanan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.



Seperti biasa... aku solo ride dari Perlis. Seawal jam 10 pagi aku bertolak dari rumah. Cuaca agak baik dan cerah... cuma berangin kerana sekarang ni musim angin timur. Winter wind... kata Dato Seri Shahidan Kassim.




 photo P1170048_zps44aceda7.jpg

Pemandangan biasa di sekitar Perlis. Sawah padi yang baru dituai... Mesti orang-orang sekitar sini senang-lenang sekarang ni... baru menuai dan jual padi katakan.... =)



 photo P1170049_zps5a2a97ef.jpg

Waktu-waktu macam ni... suatu ketika dulu... aku sering main layang-layang.. kat dalam bendang yang telah dibakar jeraminya... cukup seronok... =)



 photo P1170050_zpsc11553e1.jpg

Mula memasuki Lebuhraya Plus... melalui Tol Alor Setar (S). Jalan nampaknya agak lengang... namun matahari semakin tegak kat atas...



 photo P1170051_zpsc65534ec.jpg



Sebaik sampai Gurun... lebih kurang pukul 11.30 pagi... aku berhenti minum sekejap di Jalan Jeniang. Di sebuah gerai tepi jalan yang pernah aku singgah sebelum ni. Cuma lepaskan dahaga dengan secawan kopi 'o'. Cuaca mulai panas terik.




 photo 20130201_112348_zpsb40bf8ad.jpg

Sambil mengopi... sambil melihat update kengkawan melalui FB dan Wassap...



 photo P1170052_zpsec323635.jpg



Kurang lebih pukul 12 tengahari... aku teruskan perjalanan. Kenderaan agak kurang kat atas jalan. Dah hari ni hari jumaat... Kedah cuti hujung minggu.




 photo P1170053_zpscd1f6f8e.jpg

Memasuki Pekan Jeniang... Kalau musim durian.. ramai yang berniaga selepas jejambat lintas jalan tu...



 photo P1170054_zps3f167b3a.jpg

Sempadan Daerah Sik...



 photo P1170055_zpsd31a916a.jpg

Short-cut ke Baling... melalui Beris Jaya...



 photo P1170056_zps8f8eac12.jpg

Mula memasuki Jalan Sik-Parit Panjang... dan bermulalah sesi layan kona... asah tayar Siput Sedut...



 photo P1170057_zps7f660b85.jpg

Memasuki Daerah Baling. Terbantut sekejap untuk layan kona... sebab kenderaan agak banyak kat atas jalan... =P



 photo P1170058_zps36dca699.jpg

Tiba kat Parit Panjang... boleh start layan kona balik... jalan pun nampaknya agak lengang....



 photo P1170059_zpse57dfd3f.jpg

Bila ride dalam cuaca panas... bila tiba tempat yang teduh macam ni... alangkah nyaman rasanya...



 photo P1170060_zps368415b1.jpg

Dah sampai Lebuhraya Durian Burung. Tak jauh dah... punggung pun dah rasa kebas ni... =P



 photo 20130201_124153_zps63d26815.jpg



Lebih kurang pukul 1 tengahari... aku sampai Baling. Alhamdulillah.. perancangan perjalanan berjalan lancar setakat sekarang. Aku ambil keputusan untuk berhenti di Masjid Kampung Titi Teduri.




 photo 20130201_130258_zpscff55d38.jpg

 Berhenti sekejap yer untuk tunaikan tanggungjawab...



-Bersambung-



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...