05 Februari 2013

CARI MAKAN 2/2013: KULIM

Rabu
11 Rabiul Awal 1434
23 Jan 2013




Assalamu'alaikum,




Ini adalah kali ke-2 aku kena travel ke Kulim untuk perlaksanaan tugasan.




Dan... sekali lagi... edisi cari makan bermula... sepanjang perjalanan pergi-balik Kulim.




Seawal jam 8 pagi aku bertolak dari rumah menggunakan khidmat Siput Sedut.




Cuaca cantik pagi ni... dengan tiupan angin timur yang sejuk... langit cerah.. dan pemandangan sawah bendang yang baru dituai. Kenderaan juga agak kurang kat atas jalan.




Sebaik sampai Alor Star.... sesi cari makan @ sarapan bermula. Aku ambil keputusan untuk merasa roti canai di sebuah gerai yang letaknya berdekatan dengan Maktab Mahmud.




Maktab Mahmud adalah salah sebuah sekolah agama yang terkenal di Kedah. Banyak perubahan dari segi fizikal yang aku nampak... dengan banyak bangunan baru. Dulu jalan di mana letaknya Maktab Mahmud ni bernama Jalan Pegawai.... tapi sekarang dah diubah nama Persiaran Sultan Abdul Hamid.




Berdekatan dengan gerai roti canai ni juga... ada sebuah kedai yang dulunya Restoran Hajjah... seingat aku. Sebuah restoran yang juga agak terkenal... tapi sekarang dah jadi kedai menjual kereta terpakai.




Begitu banyak perubahan berlaku sepanjang Jalan Pegawai ni.....




Menu pagi aku... cuma sekadar roti sardin dan kopi 'o' panas. Roti sardin berharga RM2 dan kopi 'o' panas berharga 60 sen.




Selesai bersarapan... aku bergerak menuju ke arah Lebuhraya... menuju ke Kulim.




Lebuhraya agak lengang....




Hampir 45 minit menunggang Siput Sedut... aku berhenti sekejap selepas Tol Sungai Petani (S).




 photo 20130123_102015_zps11032822.jpg



Hilang kebas punggong.... dan sebatang rokok... tunggangan aku bersambung. Laluan aku.... Jalan Lintasan... melalui depan Hospital Sultan Abdul Halim... masuk Jalan Kuala Ketil... dan masuk ke arah Sidam...




Hampir 1/2 jam menunggang... akhirnya aku sampai Kulim High-Tech. Sesi cari makan bermula lagi... sekadar membasahkan tekak. Aku berhenti di sebuah gerai tepi jalan berhadapan dengan Kilang Solar.




 photo 20130123_111223_zps3b186cd9.jpg



Sekadar teh 'o' ais pembasah tekak...




Alhamdulillah... lega rasa dahaga. Terus aku menuju ke Hospital Kulim... dan tugasan dimulakan.




Tugasan kali ni.... buat QC test Mobile X-Ray dan Film Processor.




 photo 20130123_122555_zpsded5ea86.jpg



Hampir jam 3 petang tugasan selesai.




Sesi cari makan bermula lagi. Kali ni... aku ingin merasa bihun sup pula... dan gerai pilihan terletak berhampiran sebuah stadium mini di Kampung Dusun. Bersebelahan gerai bihun sup ni... ada gerai jual laksa... yang diberi nama Laksa Dusun... dan memang sedap. Pernah dah aku rasa dan ceritakan dulu.




 photo 20130123_150332_zps62847d34.jpg



Bihun sup yang aku makan ni diberi nama Bihun Sup Mak Long. Sedap....




Selasai makan dan singgah sekejap untuk tunaikan tanggungjawab... aku bergerak balik ke Perlis.... dan jalan yang berbeza.




Laluan aku kali ni... menuju ke arah Bertam. Belum pernah lagi aku lalu jalan ni... saja-saja redah... nak merasa laluan baru dan melihat alam sekeliling.




Rupa-rupanya... jalan ni keluar ke Kepala Batas dan masuk Lebuhraya melalui Bertam.




Kiri-kanan jalan hanya kawasan perkampungan dan ladang kelapa sawit.




 photo 20130123_170224_zps051f472a.jpg



Kira-kira jam 5 petang.... aku sampai R&R Gurun... berhenti sekejap melegakan kebas punggong dan sebatang rokok.




Selain berehat... seronok juga melihat telatah orang yang berhenti rehat.... berbagai-bagai ragam.




Tak lama... aku teruskan perjalanan... keluar melalui Exit Alor Star (U). Sesi cari makan bermula lagi.... dan cadangan nak merasa cendol pula.




Akhirnya... aku berhenti sekejap kat gerai sebelum sampai Kerpan. Hidangannya sekadar cendol biasa saja.




 photo 20130123_182222_zps302f0ea2.jpg



Sambil-sambil makan cendol... aku melihat gelagat murid-murid sekolah yang baru keluar sekolah. Kat Kedah ni... masih lagi ada sekolah sesi petang.




Agak kesal tengok sebilangan pelajar yang menunggang motor secara merbahaya... berpakaian sekolah dan tak bertopi keledar... melakukan aksi mengangkat tayar di jalan utama... yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.




Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka....




Selesai makan cendol... perjalanan pulang bersambung... dan Alhamdulillah... aku sampai rumah hampir jam 7 malam...




"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."




Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...