31 Januari 2013

MOTIVASI

Khamis
19 Rabiul Awal 1434
31 Januari 2013



Assalamu'alaikum,




Untuk pertama kalinya dalam tahun 2013... aku telah terpilih untuk menghadiri kursus motivasi yang dianjurkan oleh FMS.



Selain aku... dari Healthtronics... Nadzari, Wan dan P Raman dari Alor Setar, Azmir dari Sungai Petani, Syed dari Langkawi dan Cik Mie dari Pulau Pinang. Yang lain-lain.... semuanya staf Faber serata hospital sekitar Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.





Kursus ni adalah siri yang terakhir yang telah berjalan beberapa sesi sebelum ni.




Kursus yang berkisar membangkitkan jati diri dalam menghadapi kehidupan seharian dan pekerjaan...




Kursus ni diadakan di Hotel Holiday Villa Alor Star... berjalan selama 2 hari 1 malam.... yang diberi nama 2PCIT (yang disebut Two Picit)..




Di hari pertama.... kami dibahagikan kepada 8 kumpulan yang terdiri dari 7 orang  sekumpulan.




Photobucket



Banyak aktiviti berkumpulan yang diberi selain sesi ceramah pada sebelah siang harinya dan persembahan sketsa dan nyanyian lagu-lagu P Ramlee pada sebelah malamnya.




Photobucket



Dihari pertama... program bermula jam 9 pagi... dan berakhir jam 10 malam...




Photobucket



Di hari ke-2... masa banyak dihabiskan dengan perbincangan dan imbasan kembali kertas kerja yang dilakukan sebelum ni.




Photobucket



Beberapa ujian juga dibuat untuk melihat personaliti para peserta.




Photobucket



Akhirnya... kursus berakhir hampir jam 4 petang.... dan tamatlah kursus motivasi kali ni selama 2 hari 1 malam.




Banyak informasi dan pengajaran serta pengalaman baru yang aku dapat. InshaAllah akan aku cuba praktikkan...




"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."




Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...