08 Januari 2013

FDT 2012: KHLONG NGAE

Sabtu
15 Safar 1434
29 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Sekali lagi untuk yang terakhir di tahun 2012 ni... aku dan keluarga menyeberangi sempadan dalam edisi Family Day Trip (FDT 2012).




Destinasi kali ini adalah Khlong Ngae... yang pernah aku ceritakan sebelum ni.




Tumpuan adalah kawasan pasar... yang letaknya berhampiran simpang tiga.




Turut serta untuk kali ni.... mak dan Adik Syuhada. Insuran untuk Kenari dah disiapkan kelmarin... RM14 untuk 9 hari... dan duit juga telah ditukar. Ratenya untuk kelmarin adalah RM10=Bhat 990.




Seawal jam 8 pagi... kami keluar dari rumah... untuk menuju ke Padang Besar.




Selepas top-up petrol... kami mencari kedai untuk bersarapan. Persiapan untuk mengelak isi petrol di Thailand... yang mahal harga petrolnya.




Sampai saja di Paya... berhampiran Beseri... kami singgah sebentar untuk bersarapan.




Photobucket




Selesai bersarapan... kami teruskan perjalanan... melangkah sempadan melalui Padang Besar.




Photobucket




Agak ramai juga yang masuk melalui Padang Besar hari ni... tapi tak lah sesesak Bukit Kayu Hitam.




Kali ni... aku masuk ke Thailand menggunakan border pass sekeluarga. Selesai cop border... terus buat declare kereta.




Siap semua urusan... terus kami bergerak ke arah Sadao... untuk ke Khlong Ngae.




Selepas lebih kurang 1/2 jam memandu... akhirnya kami sampai ke destinasi.




Photobucket




Urusan membeli-belah berjalan. Antara yang dibeli... jeans Levis dan kasut Reebok untuk aku, beberapa helai seluar dan baju untuk Kakak Dina, Bang Cik Haikal dan Adik Iman... serta baju dan seluar untuk wife.




Hampir 2 jam... kami berlegar-legar sekitar pasar membeli-belah. Sempat juga Mak beli buah dokong yang harganya Bhat25 sekilo (± RM2.50 sekilo). Manis buahnya...




P1170017_zps2b614cba




Perjalanan diteruskan selepas edisi membeli-belah selesai... dan tiada destinasi... hanya melihat-lihat jalan ke Nathawi dan Khao Nam Khang... Siap terjumpa tentera yang buat sekatan jalan dan menahan kami. Namun... semuanya berjalan lancar.




Photobucket




Kemudian... kami berpatah balik ke Padangbesar, Thailand.. untuk menjamu selera.




Sampai saja Padangbesar... kami singgah di Restoran Eghyt untuk menjamu selera.




Photobucket




Antara menu adalah... siakap  stim, tomyam campur dan kerabu. Sedap... kalau nak rasa... kenalah ke sana.




Photobucket




Selesai menjamu selera... kami berlegar-legar di Pekan Padangbesar... dan balik ke Malaysia.




Photobucket




Sempat juga meronda-ronda sekitar Emas Kerajang... sebelum ke kawasan Malaysia.




Photobucket




Selesai... kami singgah pula di Kompleks Niaga Padang Besar, Malaysia... untuk beli belah beberapa helai jersi bola.




Alhamdulillah... kami dapat dengan harga RM26 sehelai.




Selesai urusan... kami bergerak pulang... yang sebelum sampai rumah... singgah sebentar minum di Tok Mek.




20121229_183349_zps9744dec3




Alhamdulillah... selamat sampai rumah dalam jam 7 malam...




Tercapai perancangan ni...




"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan.."




Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...