11 Januari 2013

FDT 1/2013: WANG KELIAN

Ahad
23 Safar 1434
6 Januari 2013




Assalamu'alaikum,




Seminggu dah di dalam tahun 2013.




Dan ini adalah Family Day Trip (FDT) yang pertama kali untuk 2013. Halatuju kami sekeluarga adalah Wang Kelian. Saja nak bawa anak-anak dan isteri melihat sekitar Wang Kelian... kerana depa belum pernah lagi ke situ.




P1170029



Seawal jam 8 pagi... kami keluar rumah... melalui Padang Melangit dan Guar Jentik. Cuaca amat baik sekali.




20130106_085940
Pemandangan dari Bukit Wang Kelian..



Sampai saja di atas Bukit Wang Kelian.... aku berhenti sekejap untuk menghirup segar udara pagi. Ramai juga geng-geng kayuh beskal pepagi ni.... mendaki Bukit Wang Kelian.




Segar rasanya menghirup udara segar.. dan mendengar suara-suara unggas bersahut-sahutan.....




Photobucket



Selepas bergambar sedikit sebanyak... kami teruskan perjalanan....




P1170035



Sampai saja Wang Kelian.... parkirkan kereta.. kami pun berjalan masuk ke Wang Prachan.




P1170036



For info.... setiap hari sabtu dan ahad... terdapat pasar sehari di Wang Kelian di sebelah Malaysia dan Wang Prachan di sebelah Thailand. Dan rakyat Malaysia dan Thailand dibenarkan masuk keluar sempadan tanpa perlu cop dokumen perjalanan.




Cuma... sekarang ni... kenderaan sudah tidak dibenarkan masuk. Orang ramai hanya boleh berjalan kaki sahaja masuk keluar... yang bertujuan mengelakkan kesesakan... dan ianya amat berhasil berbanding dulu.




P1170037



Kami terus bergerak masuk ke sebelah Thailand... dan tumpuan kami adalah sebuah kedai makan.. untuk makan sarapan pulut ayam..




20130106_094313



Nampaknya... anak-anak berselera makan pulut ayam. Pulut ayam berharga RM2 atau Bhat20.




Photobucket



Selesai makan... kami berjalan-jalan sekitar pasar sehari di Wang Prachan ni...




Photobucket



Banyak barangan yang diniagakan... cuma sekarang.... tawar menawar dah tak dilayan....




Photobucket



20130106_112409
Salah satu scooter yang menarik perhatian aku...



Habis berpusing-pusing sekitar... kami berjalan-jalan sekitar pasar sehari sebelah Wang Kelian pula.....




Photobucket



Sempat juga beli jam untuk Kak Dina dan wife.... dan beskal lipat yang berharga RM320 selepas tawar-menawar. Harga kat sebelah Wang Prachan berharga Bhat4800... dan kat Wang Kelian antara RM380-RM320...




Photobucket



Penat juga berjalan-jalan ni.... minum sekejap kat kedai berdekatan... kami pun pulang........




"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."




Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...