01 Januari 2013

CARI MAKAN 2012: BALING

Khamis
13 Safar 1434
27 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Hari ni adalah ride out-station yang terakhir dengan Siput Sedut... untuk sesi 2012.




Destinasi adalah Hospital Baling... seperti biasa untuk buat maintenance Shimadzu MobileArt.




Seawal jam 8 pagi... aku bertolak keluar dari rumah... menuju ke Alor Star.




Cuaca nampaknya menyebelahi aku... Alhamdulillah. Kenderaan kat atas jalan pun agak kurang.




Sebaik melepasi Gurun... perut mula menyanyi. Sarapan sebelum bertolak tadi hanya sebiji kurma dan air kopi 'o' saja.




20121227_102317



Jadi bermulalah sesi cari makan. Aku berhenti di sebuah kedai... bersebelahan di sebuah warung... sebelum Pekan Jeniang.




20121227_101352



Warung ni menyajikan menu sup seawal pagi. Jadi aku cuba bihun sup. Apa yang boleh aku katakan..... sedap dan berbaloi dengan harga. Semangkuk bihun sup dan secawan air kopi 'o' berharga RM3.40 saja.




Alhamdulillah... selepas makan... aku bergerak menuju ke destinasi. Melalui Beris Jaya.. terus ke Baling.




20121227_114755



Sebaik sampai ke Hospital Baling.... penyelenggaraan dimulakan.




Selesai tugasan.... sesi cari makan bersambung.




20121227_132435



Kali ni... aku mencuba Nasi Ayam Payung Besar. Bumbung kedai makan ni direkabentuk seakan-akan payung... mungkin dari sini... nasi ayam ni mendapat nama.




Selain nasi ayam.. apa yang aku lihat... kedai ni juga menyajikankan pelbagai menu lain termasuk ayam golek. Mungkin sedap ayam goleknya sebab aku tengok ramai yang memakannya. Aku cuma merasa nasi ayamnya saja. Bab kesedapan tu agak subjektif.... nak tahu kenalah rasa sendiri.




Tanggungjawab kita sebagai umat Nabi SAW... tidak boleh dilupakan... walaupun sesibuk mana atau di mana. Selesai menjamu selera... aku bergegas ke sebuah masjid berdekatan.




Nampaknya... jam masih awal. Jadi.... aku ambil keputusan untuk merantau pulang ikut jalan lain. GPS sudah pun diset supaya tidak tersesat.




Route pulang yang aku ambil... Pekan Baling - Kuala Pegang - Kg Berah - Kg Tembak - Felda Toi - Bukit Selambau - Bedong - Alor Star.




Antara jalan lama yang baru aku terokai. Masuk ke dalam kawasan kampung, hutan, ladang getah dan ladang kelapa sawit. Juga terjumpa berbagai-bagai pemandangan dan jalan yang sunyi.... yang jarang-jarang orang lalui. Ada juga sedikit yang off-road. Redah saja dengan Siput Sedut. Cuma dalam hati... jangan ler jadi apa-apa. Keadaan jalan juga bengkang-bengkok... syok layan kona... cuma sesetengah jalan tu tak elok. Cuma... aku tak teringat nak gantung kamera... jadi terlepas peluang untuk gambiran on the bike...




Hati rasa lega bila sampai Bedong... di mana kiri kanan jalan dan persekitaran penuh dengan orang. Hati terasa cuak juga... risau kes yang sebelum ni yang diperkatakan... kes pergaduhan di Sungai Petani. Risau kalau ada orang tahan tengah jalan... kat jalan-jalan yang sunyi tadi.




Alhamdulillah... sekali lagi aku dapat melihat sendiri bumi Malaysia... diceruk-ceruk kampung... yang sebelum ni belum aku jelajahi...




Akhirnya... aku sampai Alor Star. Punggong pun naik kebas... aku berhenti sekejap untuk sesi cari makan.




Aku berhenti di sebuah gerai... di Jalan Lencongan Barat... bersebelahan gerai menjual buah-buahan. Target cuma nak minum saja.




20121227_160609



Secawan kopi 'o'.... sambil melihat gelagat orang. Mungkin menu nasi ayam yang disediakan warung ni sedap. Sebab... aku tengok... ramai yang makan nasi ayamnya... bahkan ramai juga yang bungkus untuk dibawa pulang.




Memandangkan perut aku rasa kenyang... aku tak makan... cuma minum saja. Mungkin lain kali... aku akan berhenti makan kat sini.




Selesai minum... aku bertolak pulang ke rumah.




Tamatlah sesi ride cari makan untuk sesi 2012..




map



Inilah perjalanan aku hari ni...



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."




Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...