09 Januari 2013

CARI MAKAN 1/2013: KULIM

Khamis
20 Safar 1434
3 Januari 2013




Assalamu'alaikum,




Hari ni hari ketiga berada dalam tahun 2013.




Dan hari ni adalah yang pertama jadual travelling aku. .. dan halatuju aku adalah Hospital Kulim.




Tugasan kali ni adalah untuk selesaikan QC test c-arm Philips BV Libra.




Perjalanan aku bermula seawal 7.45 pagi. Aku dan Siput Sedut sekali lagi mengharung hujan yang turun seawal 7 pagi lagi. Kebelakangan ni hujan dok turun sepanjang hari semenjak 2-3 hari lepas.




Namun... demi melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.... aku redah saja hujan ni.




Arah tuju aku adalah Alor Star... untuk mengambil KV meter dari Syaiful.




Laluan aku melalui Kodiang dan Jitra.... terus ke Hospital Sultanah Bahiyah.




Selepas mengambil KV meter.... terus aku masuk Lebuhraya Plus.




Alhamdulillah... jalan agak lengang... namun berhujan sehinggalah sampai Gurun.




20130103_094510
Berhenti di Gurun



Selepas melepaskan hajat kat Gurun.... tunggangan diteruskan... sehinggalah aku berhenti sebentar di Sidam untuk secawan kopi 'o'.




Photobucket



Nampaknya... hujan semakin lebat. Namun selesai minum... aku teruskan juga tunggangan. Jika ditunggu hujan berhenti... rugi  masa rasanya.




Hampir jam 11.30 pagi... aku sampai Kulim.




Photobucket




20130103_122640
Duit Siam digunakan sebagai tool 




Terus... tugasan dilaksanakan... hinggalah jam 2 petang.




Sesi cari makan.... Tat Nasi Ayam... yang letaknya berhampiran dengan Hospital Kulim. Terima kasih Ahmad Yusri kerana belanja makan.




Kira-kira jam 3 petang... tugasan disambung hinggalah jam 5 petang.




Hujan masih lagi turun membasahi bumi.




Pukul 5.30 petang baru aku bertolak pulang. Alhamdulillah... hujan dah berhenti... namun mendung kat atas nampak macam nak hujan lagi.... jadi aku pakai siap-siap seluar hujan.




20130103_183156




Alhamdulillah... hujan tak turun hinggalah Sungai Petani.




Sebaik sampai Gurun... walaupun bernama Gurun... hujan bercurahan turun. Nasib baik dah pakai seluar hujan... berhenti tepi jalan... pakai baju hujan jer ler....




Alhamdulillah... hujan berhenti sebaik tiba Alor Star. Suasana sudah mula gelap... siang bertukar malam.




Aku berhenti sekejap di Kuala Sungai... singgah di Mutalib Mee Derga...




20130103_193611




Minum kopi secawan dan bungkus pasembor untuk dibawa pulang.




Malam semakin gelap... dan aku perasan macam lampu headlight Siput Sedut seakan tak menyala.




Aku ambil keputusan untuk berhenti di tepi jalan... di bawah sinaran lampu jalan... aku periksa keadaan lampu headlight. Kompom... bulb terbakar. Nasib baik ada bulb spare yang sememangnya aku sediakan.




Ambil iktibar dari pengalaman semenjak menunggang RXS... 20 tahun yang lalu.




Selesai tukar... tunggangan diteruskan...




Alhamdulillah... jam 9 malam... aku selamat sampai rumah.




"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."




Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...