02 Januari 2013

BANG CIK DARJAH 1

Jumaat
14 Safar 1434
28 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Akhirnya... tiba jua masa yang ditunggu-tunggu.




Hari ni... Bang Cik mula berdaftar Darjah Satu... atau sekarang ni diberi nama Tahun Satu Tahap Satu.




Seawal 6 pagi... Bang Cik dengan penuh semangat bangun pagi... dan bersiap dengan segala pakaian baru.




20121228_074341_zpsb341e719




Bang Cik bersekolah di SK Jalan Raja Syed Alwi... bersama-sama dengan Kakak Dina yang akan berada dalam Tahun 5.




20121228_083921_zpsc4f1d1d8



Pendaftaran Tahun 1 diadakan di kantin sekolah. Bermula dengan penerangan mengenai sistem baru iaitu KSSR... di mana pelajar nanti tidak akan menghadapi peperiksaan... cuma penilaian setiap bulan oleh para guru. Namun Guru Besar memberitahu yang sekolah tetap akan mengadakan peperiksaan 2 kali setahun iaitu dalam bulan Mei dan November.




20121228_090245_zps4f038f5a



Selesai penerangan... para pelajar dan penjaga dibawa ke kelas... dan Bang Cik di tempatkan di Kelas 1 Bestari.




Selesai pendaftaran dalam kelas dan pengambilan buku teks... kami dibenarkan pulang.




Kelas akan bermula pada hari rabu 2 Januari 2013 nanti.




Semoga Bang Cik akan terus berjaya dalam segala lapangan...




"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."




Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...