21 Disember 2013

FAMILY TRIP KLIMS 2013 @ MEAN MACHINE

Assalamu'alaikum,


Bersambung lagi dalam cerita KLIMS 2013 ni selepas berehat seketika dek out-station lagi ke Langkawi.


Sebelum tu, aku nak ucapkan takziah kepada keluarga Kak Faridah, jiran yang juga saudara sepupu sebelah ayah aku yang telah kehilangan bapa saudaranya... yang juga bapa saudara sepupu aku tadi.

18 Disember 2013

FAMILY TRIP KLIMS 2013 @ PERODUA

Assalamu'alaikum,


Bersambung kembali coretan aku yang tak seberapa ni. Terhenti agak lama dek kesibukan tugasan harian. Dengan kenduri-kendara yang perlu dihadiri, outstation dan sebagainya.


OK lah.... 

14 Disember 2013

FAMILY TRIP KLIMS 2013 @ CITROEN

Assalamu'alaikum,


Baru pulang dari outstation kat Kulim. 


So, aku sambung balik kisah jalan-jalan sekeluarga aku kat KLIMS 2013.


Selepas melihat-lihat sekitar ruang pameran Peugeot, kami berpindah pula ke ruang pameran Citroen. Bila tengok kereta Citroen ni... teringat aku kereta Citroen dulu yang menggunakan sistem suspension hydrolic. Bila nak jalan... kereta terangkat. Bila berhenti, suspension turun...

10 Disember 2013

FAMILY TRIP KLIMS 2013 @ PEUGEOT

Assalamu'alaikum,


Dari ruang pameran Hall 2, kami sekeluarga keluar dan bergerak pula ke ruang pameran Hall 3.


Kat dewan ni, terdapat lagi beberapa jenama kereta yang terdiri dari Peugeot, Citreon, Perodua dan beberapa gerai peniaga aksesories kereta serta kereta-kereta yang memasuki pertandingan Mean Machine.


Sebelum melanjutkan pengembaraan kami di ruang pameran kat dewan ni... buat sementara waktu kami berehat seketika, beri peluang anak-anak makan-minum dulu bekalan yang dibawa yang berupa roti dan air mineral. Kasi mereka tenaga sikit sebab banyak lagi kenderaan-kenderaan yang nak dilihat.

08 Disember 2013

FAMILY TRIP KLIMS 2013 @ INFINITI

Assalamu'alaikum,


Bersambung lagi ceritera aku dan famili di KLIMS 2013.


Dari ruang pameran Nissan, kami bergerak pula ke ruang pameran Infiniti.


Terang cakap,aku sebenarnya tak mengetahui yang terdapat jenama kereta Infiniti ni. Ini pertama kali aku melihat model-model Infiniti.

07 Disember 2013

FAMILY TRIP KLIMS 2013 @ NISSAN

Assalamu'alaikum,


Selepas berada sekitar ruang pameran Isuzu, kami sekeluarga berpindah pula ke ruang pameran Nissan.


Nissan mempamerkan model kereta yang sedia ada yang terdiri dari Almera, Navara, Serena dan Note. Selain tu, Nissan pamerkan kereta elektriknya iaitu Leaf.

06 Disember 2013

FAMILY TRIP KLIMS 2013 @ ISUZU

Assalamu'alaikum,


Bersambung lagi penceritaan aku di KLIMS 2013. Terhenti seketika dek out-station, menjalani kursus di Agensi Nuklear Malaysia di Bangi.


Tak banyak model Subaru yang dipamerkan di KLIMS 2013 ni. Begitu juga dengan model-model Isuzu yang letaknya bersebelahan dengan ruang pameran Subaru.

01 Disember 2013

FAMILY TRIP KLIMS 2013 @ SUBARU

Assalamu'alaikum,


Selamat berhujung minggu dan selamat mula bekerja esok hari...


Bersambung lagi dalam penceritaan perjalanan aku sekeluarga semasa mengunjungi pameran Kuala Lumpur International Motor Show 2013 yang lalu.


Hati ini teringin juga nak melawat EICMA yang selalu diadakan di Milan, Itali.... tapi belum mampu lagi buat masa ni... jadi kat sinilah aku dan sekeluarga datang... mengisi masa cuti sekolah hujung tahun 2013 ni...

29 November 2013

FAMILY TRIP KLIMS 2013 @ HONDA

Assalamu'alaikum,


Kembali bersiaran... Bukan apa, aku baru jer balik dari out-station kat Langkawi 2 hari 1 malam.. menjalankan tugasan kat Hospital Langkawi.


Sambung balik ceritera aku dan family kat Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2013 yang lalu.

27 November 2013

FAMILY TRIP KLIMS 2013 @ VOLKSWAGEN

Assalamu'alaikum,


Apa yang boleh aku katakan, Toyota hanya tonjolkan teknologi hybridnya dan kereta konsepnya yang bermultimedia. Lain-lain model hanya facelift dan diperbaharui dengan hybrid plug-in.


Dari galeri Toyota, kami sekeluarga berpindah pula ke ruang pameran Volkswagen yang juga di dalam Hall 1.

26 November 2013

FAMILY TRIP KLIMS 2013 @ TOYOTA

Assalamu'alaikum,


Bersambung lagi ceritera pengalaman kami sekeluarga mengunjungi pameran kereta di KL International Motor Show 2013 yang telah berlangsung di PWTC yang lalu.



Selepas berlegar-legar sekitar kawasan pameran Lexus, kami berpindah pula ke kawasan pameran Toyota. 

25 November 2013

FAMILY TRIP KLIMS 2013 @ LEXUS

Assalamu'alaikum,


Jauh juga berjalan... nak sampai ke Hall 1 ni.


Pengunjung masih lagi belum ramai. Rasanya mungkin sebab bukan hujung minggu kot. Kalau tak ramai orang, senang sikit nak ambil gambar kereta nanti.

24 November 2013

FAMILY TRIP KLIMS 2013 @ PWTC

Assalamu'alaikum,


Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat sampai KL Sentral kurang lebih jam 6.30 pagi.


Selesai tunaikan tanggungjawab kat Surau KL Sentral, terus kami keluar, sedia menanti adik aku.... untuk menuju ke kediamannya di Subang.

22 November 2013

FAMILY TRIP 2013 @ KLIMS 2013

Assalamu'alaikum,


Alhamdulillah, sekali lagi acara yang diadakan selang 2 tahun sekali...kembali.



Acara autoshow... Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2013. Yang terakhir diadakan pada tahun 2010 yang lalu. Dan seperti kebiasaan, acara diadakan di PWTC, Kuala Lumpur dari 15 November 2013 hingga 24 November 2013.

10 November 2013

RIDE SANTAI DUA BERANAK

Assalamu'alaikum,


Hujan nampak masih membasahi bumi Perlis ni. kadang-kadang hujan di waktu pagi, kadang-kadang hujan di tengah hari, kadang-kadang sebelah petang dan kadang-kadang malam hingga ke subuh. Pernah juga sehari semalam berhujan.

24 Oktober 2013

MOTOGP 2013 @ SEPANG

Assalamu'alaikum,


Oktober datang lagi. Antara acara dunia yang ditunggu-tunggu setiap tahun berlangsung lagi. Di mana? Di mana lagi kalau bukan SIC, Sepang. Teringat kenangan lama di Batu Tiga, Shah Alam suatu ketika dulu, di zaman kegemilangan Eddie Lawson, Wayne Rainey, Kenny Roberts, Wayne Gardner dan Mick Doohan. Di zaman FB, twitter dan digital kamera belum ada. Semua info hanya dari suratkhabar dan majalah serta moment dari kepingan-kepingan ganbar dari kamera filem.

10 Oktober 2013

MAJLIS PERPISAHAN WBL 2013

Assalamu'alaikum,


Lama juga aku tak menulis dalam blog ni. Dek kesibukan sikit dengan kerja-kerja seharian, travelling dan menguruskan hal-hal berkaitan dengan pengubahan dan penambah-baikan rumah semenjak Mei lepas.


InshaAllah, seminggu dua lagi..siaplah rumah ni.

24 April 2013

PACIFIC COAST PC800

Rabu
13 Jamadil Akhir 1434
24 April 2013



Assalamu'alaikum,



Ada sesiapa tahu mengenai Honda Pacific Coast?



Inilah salah sebuah jentera keluaran Honda. Ingat lagi aku semasa zaman persekolahan dulu... Waktu tu aku mengenali Pacific Coast ni dari majalah motor luar negara...kalau tak salah Two Wheels...

18 April 2013

FDT 2/2013: PAK BARA

Ahad
12 Jamadil Awal 1434
24 Mac 2013






Assalamu'alaikum,






Cuti sekolah menjelma lagi selama seminggu. Perancangan telah pun dibuat sebelum cuti sekolah lagi... nak bawa anak bini berjalan-jalan sekitar Pak Bara, Thailand. 



Aku... banyak kali dah ke Pak Bara ni... tapi dengan Kerbau Hitam. Anak bini aku... inilah kali pertama. Saja nak bagi depa merasa ke Pak Bara pulak.

16 April 2013

CARI MAKAN 6/2013: LANGKAWI

Isnin
6 Jamadil Awal 1434
18 Mac 2013



Assalamu'alaikum,



Lagi sekali aku ke Langkawi bagi melangsaikan tanggungjawab...



Seperti biasa... seawal jam 7.00 pagi.. aku bergerak ke Jeti Kuala Perlis.

17 Mac 2013

CARI MAKAN 5/2013: KULIM

Rabu
23 Rabiul Akhir 1434
6 Mac 2013



Assalamu'alaikum,



Selepas Langkawi... nampaknya.. aku harus ke Kulim pula... 



Dengan apa??... Dengan Siput Sedut kesayangan ler.. Kesian pulak kat Kerbau Hitam... punya ler lama berehat...

11 Mac 2013

CARI MAKAN 4/2013: LANGKAWI

Selasa
15 Rabiul Akhir 1434
26 Februari 2013



Assalamu'alaikum,



Baru seminggu yang lepas... aku bermusafir ke Langkawi. Minggu ni.. sekali lagi aku ke Langkawi untuk tunaikan amanah yang telah diberi.



Tugasan kali ni... melaksanakan QC test untuk General X-ray pula.

03 Mac 2013

CARI MAKAN 3/2013: LANGKAWI

Jumaat
4 Rabiul Akhir 1434
15 Februari 2013






Assalamu'alaikum,






Sekali lagi... aku bermusafir ke Langkawi bagi melaksanakan tugasan yang dimanahkan ke atas bahu.




Tugasan ni... seperti biasa.. melaksanakan QC test untuk mobile x-ray di Hospital Langkawi.

02 Mac 2013

SERVICE KENARI: 190,517 KM

Sabtu
28 Rabiul Awal 1434
9 Februari 2013




Assalamu'alaikum,




Pejam celik... pejam celik... mileage Kenari dah mencecah 190,517 km.

01 Mac 2013

SERVICE WAVE: 43,438KM

Sabtu
14 Rabiul Awal 1434
26 Januari 2013




Assalamu'alaikum,




Mileage Wave dah cecah 43,438 km. Walaupun mileage untuk penukaran minyak hitam belum sampai... tapi memandangkan dah lebih 6 bulan... aku tukar juga minyak hitamnya.

21 Februari 2013

RIDE BETONG 2013: DAY 3 @ PULANG

Ahad
22 Rabiul Awal 1434
3 Februari 2013



Assalamu'alaikum,



Tamatlah sudah kembara kami di Betong.... ride scooter. Inilah anggota kami... selama berada di sini 3H2M.. yang diketuai Capt Haji Azizi Hashim (SYM 200), Haji Sabri dan Dr ZoolMD (SYM 200), Capt Zulfa dan isteri (SYM 200), Zurik (SYM 200), Idrusk (SYM 200), Azuwan Dol (SYM 250i), Ashraf (SYM 200), aku (Elegan 150) dan Napi  (FZ150) yang pulang awal sehari kerana panggilan tugas.

20 Februari 2013

RIDE BETONG 2013: DAY 2 @ MAKAN LAGI

Sabtu
21 Rabiul Awal 1434
2 Februari 2013



Assalamu'alaikum,



Puas berpusing-pusing.. kami terus pulang ke hotel untuk berehat. Sempat juga aku melelapkan mata sekejap.




Petangnya... kami keluar untuk sesi membeli-belah. Aku sempat membeli beberapa helai t-shirt kenang-kenangan untuk diri sendiri dan keluarga.

19 Februari 2013

RIDE BETONG 2013: DAY 2 @ PETI POS

Sabtu
21 Rabiul Awal 1434
2 Februari 2013



Assalamu'alaikum,



Selesai bergambar... kami mula bergerak untuk ke Hots Spring. Perut pun dah mula berkeroncong dah ni...



Jaraknya... tak lah berapa jauh mana pun... tapi jalannya.. berkona-kona... menuruni bukit... layanzzz... =)

18 Februari 2013

RIDE BETONG 2013: DAY 2 @ MENARA PANDANG

Sabtu
21 Rabiul Awal 1434
2 Februari 2013



Assalamu'alaikum,



Selepas selesai melawat sekitar Piyamit Tunnel ni... kami bergerak menuju ke Hotspring... yang letaknya tak jauh dari Piyamit tunnel ni... untuk makan tengahari.

17 Februari 2013

RIDE BETONG 2013: DAY 2 @ MUZIUM KOMUNIS

Sabtu
21 Rabiul Awal 1434
2 Februari 2013



Assalamu'alaikum,



Selepas keluar dari terowong... dan rehat sebentar.. kami pun menuruni bukit dan singgah sebentar di Muzium komunis yang berada berhampiran dengan pintu masuk ke terowong tadi.



Banyak juga barangan yang dapat dilihat di situ...

16 Februari 2013

RIDE BETONG 2013: DAY 2 @ PIYAMIT TUNNEL III

Sabtu
21 Rabiul Awal 1434
2 Februari 2013



Assalamu'alaikum,



Selepas mendengar ceritera dan memberi sedikit upah... kami bergerak masuk ke dalam terowong. Terowongnya agak kecil. Kat dalam terowong sudah disimenkan dan dipasang lampu. Andaikata tiada lampu... sudah barang tentu amat gelap keadaannya.

15 Februari 2013

RIDE BETONG 2013: DAY 2 @ PIYAMIT TUNNEL II

Sabtu
21 Rabiul Awal 1434
2 Februari 2013



Assalamu'alaikum,



Mendakilah kami... sampai mengah-mengah. Mungkin faktor usia kami.. yang kebanyakkannya mencecah 40 tahun ke atas.... namun usaha pendakian tetap diteruskan.

13 Februari 2013

RIDE BETONG 2013: DAY 2 @ PIYAMIT TUNNEL I

Sabtu
21 Rabiul Awal 1434
2 Februari 2013



Assalamu'alaikum.



Piyamit Tunnel berada kira-kira 10 km dari hotel penginapan kami. Secara berkonvoi... kami bergerak ke sana... berpandukan GPS yang aku bawa. Best juga jalan ke sana... berbelok-belok dan syok layan kona... cuma jalannya agak mendaki kerana terowong komunis ni letaknya di atas bukit.

12 Februari 2013

RIDE BETONG 2013: DAY 2 @ PAGI DI BETONG

Sabtu
21 Rabiul Awal 1434
2 Februari 2013



Assalamu'alaikum,



Hari ni.... adalah hari ke-2 aku dan kawan-kawan di Betong. Lega dan segar rasanya setelah berehat dan tidur semalam. Nyenyak.. mungkin dek kepenatan.



Pagi di Betong ni agak sejuk. Mungkin kedudukan di kawasan yang agak tinggi dan berbukit. Terasa sejuk macam berada di sekitar Cameron Highland... bagi aku ler.

10 Februari 2013

RIDE BETONG 2013: DAY 1 @ BETONG

Jumaat
20 Rabiul Awal 1434
1 Februari 2013



Assalamu'alaikum,



Hampir 2 jam menunggu... akhirnya konvoi yang diketuai Kapten Haji Azizi sampai. For info, Kapten Haji Azizi adalah salah seorang dari team EM1M yang telah bermotorsikal dari Kuala Lumpur hingga London... beberapa tahun lalu dengan menunggang Versys 650.

09 Februari 2013

RIDE BETONG 2013: DAY 1 @ BORDER

Jumaat
20 Rabiul Awal 1434
1 Februari 2013



Selepas solat Jumaat, lebih kurang jam 2.15 pm... aku mula bergerak menuju ke Pengkalan Hulu. Sebelum tu.. isi petrol dulu kat sebuah stesen minyak kat Baling ni. Bukan apa.. biar tangki penuh bila masuk Thailand. Sekurang-kurangnya.. mampu bertahan lama sikit dan jika boleh mampu bertahan hingga keluar dari Betong nanti... sebab petrol kat Thailand mahal harganya.

08 Februari 2013

RIDE BETONG 2013: DAY 1 @ BALING

Jumaat
20 Rabiul Awal 1434
1 Februari 2013




Assalamu'alaikum,




Apa yang telah dirancang... terlaksana sudah hari ni. Keinginan untuk menjejakkan kaki di Betong, Thailand.




Ride kali ni... aku menggunakan khidmat Siput Sedut... dan ride kali ni... aku join kawan-kawan dari KL... yang semuanya menunggang scooter.

07 Februari 2013

SERVICE ELEGAN: 19,212KM

Sabtu
14 Rabiul Awal 1434
26 Januari 2013




Assalamu'alaikum,




Minggu depan... InshaAllah aku akan ride ke Betong, Thailand... dengan menggunakan khidmat Si Siput Sedut. Pertama kali Siput Sedut melangkau sempadan. Selama ni... cuma Kerbau Hitam dan Wave saja yang dok seberang sempadan.

05 Februari 2013

CARI MAKAN 2/2013: KULIM

Rabu
11 Rabiul Awal 1434
23 Jan 2013




Assalamu'alaikum,




Ini adalah kali ke-2 aku kena travel ke Kulim untuk perlaksanaan tugasan.




Dan... sekali lagi... edisi cari makan bermula... sepanjang perjalanan pergi-balik Kulim.

04 Februari 2013

MAJLIS BERSAMA PENDERMA DARAH

Jumaat
6 Rabiul Awal 1434
18 Januari 2013




Assalamu'alaikum,




Alhamdulillah... aku telah menerima jemputan ke Majlis Bersama Penderma Darah.




Majlis diadakan di Dewan Warisan dalam pukul 3 petang untuk meraikan penderma-penderma darah sekitar Perlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis.

31 Januari 2013

MOTIVASI

Khamis
19 Rabiul Awal 1434
31 Januari 2013



Assalamu'alaikum,




Untuk pertama kalinya dalam tahun 2013... aku telah terpilih untuk menghadiri kursus motivasi yang dianjurkan oleh FMS.



Selain aku... dari Healthtronics... Nadzari, Wan dan P Raman dari Alor Setar, Azmir dari Sungai Petani, Syed dari Langkawi dan Cik Mie dari Pulau Pinang. Yang lain-lain.... semuanya staf Faber serata hospital sekitar Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

11 Januari 2013

FDT 1/2013: WANG KELIAN

Ahad
23 Safar 1434
6 Januari 2013




Assalamu'alaikum,




Seminggu dah di dalam tahun 2013.




Dan ini adalah Family Day Trip (FDT) yang pertama kali untuk 2013. Halatuju kami sekeluarga adalah Wang Kelian. Saja nak bawa anak-anak dan isteri melihat sekitar Wang Kelian... kerana depa belum pernah lagi ke situ.

09 Januari 2013

CARI MAKAN 1/2013: KULIM

Khamis
20 Safar 1434
3 Januari 2013




Assalamu'alaikum,




Hari ni hari ketiga berada dalam tahun 2013.




Dan hari ni adalah yang pertama jadual travelling aku. .. dan halatuju aku adalah Hospital Kulim.




Tugasan kali ni adalah untuk selesaikan QC test c-arm Philips BV Libra.

08 Januari 2013

FDT 2012: KHLONG NGAE

Sabtu
15 Safar 1434
29 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Sekali lagi untuk yang terakhir di tahun 2012 ni... aku dan keluarga menyeberangi sempadan dalam edisi Family Day Trip (FDT 2012).




Destinasi kali ini adalah Khlong Ngae... yang pernah aku ceritakan sebelum ni.

05 Januari 2013

MAJLIS MAKAN MALAM FMS 2012

Jumaat
14 Safar 1434
28 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




20121228_200728



Sekali lagi... FMS mengadakan majlis makan malam untuk sesi 2012.




Kali ni... majlis diadakan di Hotel Seri Malaysia.

02 Januari 2013

BANG CIK DARJAH 1

Jumaat
14 Safar 1434
28 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Akhirnya... tiba jua masa yang ditunggu-tunggu.




Hari ni... Bang Cik mula berdaftar Darjah Satu... atau sekarang ni diberi nama Tahun Satu Tahap Satu.

01 Januari 2013

CARI MAKAN 2012: BALING

Khamis
13 Safar 1434
27 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Hari ni adalah ride out-station yang terakhir dengan Siput Sedut... untuk sesi 2012.




Destinasi adalah Hospital Baling... seperti biasa untuk buat maintenance Shimadzu MobileArt.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...