27 Disember 2012

SELAMAT DATANG USTAZ ASYRAF

Khamis
6 Safar 1434
20 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Alhamdulillah... semua tugasan yang diamanahkan di Hospital Langkawi telah selesai dilaksana.




So... hari ni aku pulang ke Perlis. Lagi pun dah berjanji dengan Ustaz Asyraf... yang datang dari Perak... untuk membawa beliau ke homestay.
 



20121220_071142



Selepas bersarapan di Terrance Lounge, Hotel One Helang... aku bergerak ke airport seawal jam 8 pagi.
Ke airport bukan sebab nak naik flight... tapi nak ambil teksi untuk ke Jeti Kuah. Tiket feri dah pun dibeli... feri jam 11.30 pagi.




Tambang teksi dari airport ke Jeti Kuah berharga RM 24.




Sejurus sampai Terminal Feri... aku terus ke kedai menjual coklat. Beli sebagai buah tangan untuk anak-anak.




Beli coklat... jalan-jalan melihat kawasan sekitar... aku kemudiannya masuk ke ruang menunggu.




Nak jadi rezeki kurnian Allah Ta'ala... salah seorang pekerja feri telah offer aku untuk naik feri 9.30 pagi... kerana ada kekosongan seat. Terus aku ambil pelawaannya... boleh sampai awal sikit.




20121220_105835



Hampir jam 10.45 pagi... aku selamat mendarat ke Jeti Kuala Perlis... dan wife dah siap menunggu.




20121220_111418



Perut pula terasa lapar. Kami gerak ke kedai Laksa Kak Su.




Selesai makan... kami bergerak pulang.




Di rumah... terus aku berhubung dengan Ustaz Asyraf untuk mengetahui... beliau dah sampai mana.




Lebih kurang.. jam 3 petang Ustaz sampai... dan sedia menunggu aku... untuk ke homestay.




Selesai tunaikan kewajipan... kami gerak ke homestay....




IMG-20121220-WA0021



Selesai bab homestay... aku bawa Ustaz ke rumah... dan kemudiannya berjalan-jalan di Masjid Terapung, Kuala Perlis.




20121220_182116



Kemudian kami menjamu selera di Liza Mat Ikan Bakar.




Kepada Ustaz... terima kasih kerana sudi menjengah ke pondok aku yang tak seberapa... dan belanja makan.




Semoga Ustaz selamat dalam perjalanan ke Koh Lanta dan Krabi esok... dan have fun bersama-sama keluarga...




"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."




Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...