28 Disember 2012

RIDE MELASAU: PERJALANAN

Sabtu
8 Safar 1434
22 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Dua minggu lepas aku merancang... Dan hari ni bermulanya... sekali lagi solo ride aku yang aku namakan Ride Melasau.




Apa yang Melasau tu. Haaa... Melasau tu singkatan dari MELawat Anak SAudara barU...



Ia adalah ahli baru keluarga kami yang baru lahir pada November yang lepas.




Selepas semua persiapan selesai... antaranya... angin tayar dan minyak scottoiler.... perjalanan aku dimulakan dengan lafaz "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang..."




20121222_074823



Sebermula jam 8 pagi... Kerbau Hitam melangkah. Alhamdulillah... cuaca amat cantik sekali.




Namun... kenderaan agak banyak kat atas jalan. Mungkin sebab hari ni hari cuti dan ramai orang keluar berjalan-jalan.




Lebuhraya juga agak sesak... yang menghala ke utara. Mungkin ramai yang balik kampung sempena cuti krismas.




P1160990



Selepas sejam setengah menunggang... aku berhenti sekejap di R&R Juru... sekadar top-up minyak dan basahkan tekak.




20121222_093436



Tol Juru yang menghala ke utara agak sesak dengan kenderaan. Kenderaan diilihat bergerak perlahan.




Photobucket



Sebelah menuju ke selatan pun sama. Nasib baik aku menunggang Kerbau Hitam... boleh juga menyelit sikit untuk lepaskan diri.




P1160993



Kemudian... aku berhenti pula di Simpang Pulai. Cadangnya nak berhenti minum dan makan nasi lemak.... tapi rupa-rupanya kawasan kedainya sedang dinaik taraf. Jadi selepas top-up minyak Kerbau Hitam.... aku makan buah kurma saja... yang dibawa dari rumah.




Photobucket



Perjalanan diteruskan. Sepanjang jalan agak sesak dengan kenderaan.... dan cuaca semakin panas. Aku juga dapat lihat 2 kemalangan yang membabitkan kereta.




P1160996



Terdapat 2 speedtrap yang dapat dilihat...




20121222_132147



Lebih kurang jam 1 tengahari... aku sampai Sungai Buloh.




Photobucket



Selepas rehat sebentar... aku terus betolak ke Kampung Melayu Subang.




20121222_140142



Alhamdulillah... jam 2 petang aku sampai. ..




20121222_140552



-bersambung-




"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."




Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...