31 Disember 2012

RIDE MELASAU: BALIK PERLIS

Isnin
10 Safar 1434
24 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Pertama-tama kali... aku ucap takziah atas musibah yang melanda penduduk pantai timur... yang dilanda banjir.




Semoga semua dapat bersabar dengan ujian Allah... dan semoga semuanya akan dipermudahkan Allah Ta'ala.





Selepas seharian kelmarin berada sekitar Banting, Seremban dan Port Dickson... hari ni aku pulang ke Perlis.




Mak dan Bang Cik naik bas pukul 9 pagi.... dan aku dengan Kerbau Hitam....




P1160999_zpsc600c45d



Seawal 7.30 pagi aku bersiap.... mengikat beg kat bahagian belakang seat Kerbau Hitam... panaskan enjin... dan setkan GPS... semoga senang aku mencari jalan keluar ke Lebuhraya Utara-Selatan.




Alhamdulillah... cuaca amat cantik... cuma kenderaan agak banyak kat atas jalan.. tapi tak lah seteruk kelmarin dulu.




20121224_100145_zpsaf8d7925



Pitstop aku yang pertama adalah Hentian Sebelah Simpang Pulai. Selepas top-up minyak.... minum kopi dan kek sehiris.




P1170001_zps2c6a29e3



Sambil-sambil minum... dok mencari-cari juga Halim.... kawan SMTAS dulu... yang dikatakan berniaga buah-buahan... Namun tak jumpa.




Photobucket



Selesai bersarapan... aku sambung tungganganku... sehinggalah sampai Gunung Semanggol.




20121224_114718_zpsf5627e7c



Dek kerana terasa lapar... aku lapik perut dengan beberapa biji kurma. Cadang jap lagi nak berhenti di Sungai Petani untuk makan tengahari.




20121224_132426_zps8e2812b4



Sebaik sampai Sungai Petani... aku terus ke Aqeem Nasi Beriani. Nampaknya... hujan mula membasahi bumi.




Selesai makan... aku teruskan perjalanan dan berhenti sekejap di Gurun untuk top-up minyak Kerbau Hitam.



 
Photobucket



Akhirnya... hampir jam 3 petang... aku selamat sampai rumah....




-Tamat-




"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam

2 ulasan:

  1. tuan patut cuba nasi beriani ishar taman sejati SP

    BalasPadam
  2. InshaAllah...akan cuba nanti

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...