30 Disember 2012

RIDE MELASAU: ANAK MENAKAN

Ahad
9 Safar 1434
23 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Bersambung lagi kisah Ride Melasau di hari yang ke-2.




Hari ni... aku ke Batu Laut, Banting... melawat anak saudaraku yang baru lahir November lepas.





Seawal jam 8 pagi aku bergerak ke Batu Laut. Hari ni juga telah berlangsung KL Bike Week di KLCC. Dek kerana kesuntukan masa... aku terpaksa membatalkan niat nak ke KL Bike Week. Hari ni juga telah berlangsung ride ke Sri Pentas TV3... bagi menghantar memorandum bantahan berikutan paparan Majalah 3 beberapa minggu yang lalu.




Hari ni... aku rehatkan Kerbau Hitam... yang akan bekerja kuat esok untuk pulang ke Perlis. Perjalananku ke Batu Laut... menaiki kereta adik aku. Turut bersama.... mak aku dan Bang Cik Haikal... yang datang dengan bas jumaat lepas.




Tak banyak yang nak diceritakan.... bila naik kereta ni... siap boleh terlelap lagi. Diam tak diam... akhirnya sampailah kami di Batu Laut.




20121223_093022



Inilah dia ahli baru keluarga aku...




Photobucket
Bang Cik bersama sepupunya...



Photobucket



Selepas beberapa ketika melawat anak saudaraku... kami bergerak pula ke Senawang. Hasrat hati.... untuk merasa Nasi Arab Damsyik... yang dikatakan sedap di Senawang. Dengan bantuan Encik Papago... hampir jam 1 tengahari... kami sampai ke lokasi.




Terima kasih Ghaz yang mencadangkan kedai nasi arab ni.




Ini adalah kali pertama aku sampai kedai makan Nasi Damsyik ni. Menunya... nasi arab berlaukkan ayam atau kambing. Selain tu.... kebab pun ada.




Nasinya... ada untuk hidangan seorang.. atau hidangan dulang untuk 3 atau 5 orang. Kami cuma ambil set pinggan seorang saja... iaitu Nasi Ayam Wahid untuk adik, mak, Bang Cik dan Huda (anak menakan aku).. dan Nasi Kambing Wahid untuk aku. Sepinggan untuk nasi berlaukkan ayam berharga RM12 dan kambing RM15.




20121223_130229



Walaupun cuna sepingan... nasinya banyak dan boleh dimakan 2 orang. Ayamnya cuma dibelah 4 dan kambingnya pun banyak. Bayangkan jika diambil dulang untuk 3 orang.... rasanya boleh dimakan 5-6 orang dengan ayam sebelah.




20121223_130235



Minuman pula... aku ambil Shai panas dan mak pula Habbatus Sauda panas...




Sedap nasi ni... jika dibandingkan dengan nasi arab yang aku makan kat Alor Star dulu. Lepas ni.... Insha Allah nak merasa Nasi Arab Dima pula di Melaka.... seperti mana yang pernah dicadangkan oleh Allahyarham Shah suatu ketika dulu.




525072_10200242910985204_1879609221_n
Kekenyangan dan keletihan...



Selepas menikmati kesedapan nasi ni.... Alhamdulillah atas nikmat Allah Taala... kami bergerak ke Port Dickson. Hala tujuan kami adalah untuk melawat sepupu aku yang baru kehilangan anaknya. Anak beliau telah pulang ke rahmatullah baru-baru ni.




Tak lama di situ... kami bergerak pulang ke Kampung Melayu Subang. Dipertengahan jalan... kami berhenti sekejap di Sepang... mengembalikan Huda kepada adik aku... yang ikut kami tadi....




Lebih kurang jam 7.30 malam.... kami sampai...




Malam ni.. kena rehat untuk tenaga esok...




-Bersambung-




"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."




Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...