04 Disember 2012

KEM GENERASI AL-QURAN

Sabtu
17 Muharram 1434
1 Disember 2012



Assalamu'alaikum,



Cuti sekolah dah pun bermula hampir sebulan yang lepas. Pelbagai program telah dianjurkan oleh pelbagai pihak bagi memenuhi ruang masa lapang para pelajar.



Aku juga turut mengambil peluang untuk hantar Kakak Dina. 


Program yang Kakak Dina terlibat adalah Kem Generasi Al-Quran yang diadakan di Pasti Al-Islah yang bermula pada 18 November yang lepas. Program berjalan sehingga hari ni dan hari ni adalah hari yang terakhir.



Program bermula setiap hari bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang yang dipenuhi dengan hafazan dan tunjuk ajar membaiki tajwid serta fardhu ain.



Kelmarin.... pelajar telah dibawa ke Sungai Batu Pahat dan bermalam di sana. Jadi hari ni kami telah ke Sungai Batu Pahat untuk majlis penutup program ni.



P1160884



Seawal jam 8.30 pagi.... kami sekeluarga menuju ke Sungai Batu Pahat atau lebih tepat Semarak Resort, Batu Pahat.


Seingat aku... perkampungan semarak ni dibina sekitar tahun 80-an dulu. Rumah-rumah kayu dibina oleh orang-orang kampung yang mewakili setiap DUN di Perlis. Sebuah rumah per DUN. 



Photobucket



Dan sekarang... rumah-rumah ni dijadikan sebagai resort. Namun sayang... pada pemerhatian aku... kawasan dan rumah-rumah kurang dijaga oleh pihak bertanggungjawab. Bagi aku... kawasan dan rumah-rumah ni sesuai sebagai salah satu produk perlancongan di Perlis. 



Sebaik sampai... kami sekeluarga terus ke dewan di mana acara penutup program Kem Generasi Al-Quran ni. 



Photobucket



Sedikit penerangan telah dilakukan oleh penganjur dan persembahan pelajar. 



P1160898



Selepas ucapan penutup... pemberian sijil penyertaan dilaksanakan. 



P1160899



Semoga terdapat perubahan sikap Kakak Dina ke arah lebih positif selepas ini. 



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



 Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...