11 Disember 2012

FDT 2012: LEMBAH BUJANG

Ahad
25 Muharram 1434
9 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Family Day Trip (FDT) kali ni bukannya dirancang pun. Bangun pagi... terus teringat nak bawa famili jenjalan sambil belajar sejarah. Jadi... tempat tumpuan kali ni adalah Muzium Arkeologi Lembah Bujang... yang letaknya di Merbok, Kedah.




Kali terakhir aku melawat Muzium Arkeologi Lembah Bujang ni semasa aku bersekolah dahulu... sekitar tahun 80an. Begitu lama dulu. Sekarang ni.... dah tua dah. Macam manalah agaknya keadaan muzium tu.





Kira-kira jam 9 pagi... kami keluar dari rumah... menuju ke arah Kangar. Bukan apa... sebab nak beli tiket bas dulu untuk Mak dan Bang Cik Haikal... yang akan ke Kuala Lumpur semasa cuti Krismas nanti.




P1160900



Selepas selesai urusan bab tiket bas... kami singgah sebentar Market Kangar... untuk bersarapan.




Photobucket



Kira-kira jam 10.50 pagi... baru kami bergerak menuju ke Merbok. Alhamdulillah... cuaca amat cantik. Tiada tanda-tanda akan hujan... dan lalu-lintas pun agak lengang.




map10122012



Laluan yang aku ambil adalah Kangar-Alor Star-Yan-Merbok. Mulanya wife dulu yang memandu... dan aku lelapkan mata. Kemudian kami bertukar giliran memandu sejurus sebelum tiba ke Yan.




Photobucket



Sebaik sampai Singkir... teringin pula nak melihat-lihat sekitar Tanjung dawai... lalu kami ubah haluan ke Tanjung Dawai. 




Photobucket



Banyak perubahan yang berlaku semenjak 30 tahun yang lalu. Seingat aku... Tanjung Dawai terkenal dengan ikan talang masinnya. Selalunya... jika nak buat kenduri yang mana menunya gulai ikan masin campur nenas... maka Tanjung Dawailah tempat tumpuan untuk beli ikan talang masin.




Tak dak apa sangat yang kami beli di Tanjung Dawai ni... sekadar ikan oteq kering masin dan keropok ikan.




Photobucket



Hampir setengah jam berlegar-legar... kami mula bergerak... berpandukan arahan GPS. Entah macam mana... arahan GPS membawa kami ke Kampung Pengkalan Bujang... di mana terdapatnya kawasan konservasi tapak sejarah. 



Sayangnya... kami tak dapat masuk melihat kerana kawasan tu dikunci. Kawasan tu letaknya betul-betul di dalam kampung... bersebelahan dengan sawah padi.




Photobucket



Kami berpatah balik ke jalan utama... menuju ke Merbok. Akhirnya kami sampai ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.




Sebagai panduan... selain papan tanda... jalan masuk ke muzium berada betul-betul bersebelahan dengan Balai Polis Merbok.




Kawasan muzium taklah luas mana. Bahagian hadapan terdapat Galeri 1... dan kat kawasan luar belakang Galeri 1... terdapat bangunan-bangunan candi yang dibina semula seperti asalnya.




20121209_135933



Kami berlegar-legar dahulu di dalam Galeri 1 yang dibuka setiap hari... kecuali semasa cuti Aidilfitri dan Aidiladha.




Photobucket



Banyak artifek sejarah yang dapat dilihat... Melihat sambil memberi penerangan kepada anak-anak. Penerangan tu pun dibaca dari catatan dan penerangan yang berada di situ.




Photobucket



Selepas melihat-lihat di dalam Galeri 1... kami lihat pula candi-candi kat belakang bangunan Galeri 1.




P1160982



Puas berjalan-jalan... kami rehat sebentar... tunaikan tanggungjawab. Surau yang dibina pun cantik dan selesa.




Setelah puas berada di kawasaan muzium... kami mula bergerak.




P1160985



Tumpuan kami... selepas Muzium Arkeologi Lembah Bujang... adalah Kawasan Rekreasi Tupah.




20121209_154132



Kawasan Rekreasi Tupah... letaknya tak jauh dari Merbok... menghala ke Bedong dari Merbok. Ia adalah kawasan sungai yang jernih airnya... yang mengalir di celah-celah batu... sesuai untuk aktiviti berkelah seisi keluarga.




Photobucket



Tapi... suatu masa dulu... kawasan ni menjadi tempat remaja 'merendek'... Sekarang ni tak tau ler... ada ka lagi. Harap-harap tu... aktiviti tak sihat tu... tiada lagi.




20121209_160056



Selepas biarkan anak-anak bermain air... kami bergerak pulang. Sebelum tu... sempat juga beli durian D14 dan D11... fresh dari kebun salah seorang penduduk di situ...




20121209_184218



Perut pun mula berkeroncong. Kami singgah sebentar di Alor Star... menjamu selera.




Akhir... hampir jam 8 malam kami sampai rumah.




Semoga day trip ni memberi berbagai-bagai pengalaman dan ilmu pada anak-anak... di samping quality time bersama famili.




"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."




Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...