12 Disember 2012

CARI MAKAN @ SIK

Isnin
26 Muharram 1434
10 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Sekali lagi... tugasan menuntutkan aku travel ke Hospital Sik.




Seperti biasa... Siput Sedut menjadi tunggangan.





Terfikir... bila umur semakin lanjut.... dan travel  masih menjadi keperluan... perlukah aku tukar Siput Sedut dan Kerbau Hitam kepada Siput Gondang?...




Dan salah satu idaman kalbu... Si Biemdabeliu C600GT... Mungkin bila umurku menghampiri ke babak 50... mungkin akan aku realisasikan...




Takpalah... itu masih lagi dalam perancangan dan impian...




Berbalik ride aku ke Sik... seawal jam 7.45 pagi.. aku keluar dari rumah... menuju ke destinasi.




Suasana pagi agak berkabus... dek hujan semalam. Agak lama dah tak hujan di sini.




20121210_092349




Kenderaan kat atas jalan pun agak lengang. Sebaik sampai Gurun... Siput Sedut nampaknya kedahagaan. Jadi aku berhenti sekejap untuk isi perutnya.




20121210_095735




Selesai isi perut Siput Sedut.... perut aku pula berbunyi. Jadi aku berhenti sekejap di sebuah gerai tepi jalan... yang menghala ke Jeniang. Jam baru menunjukkan pukul 9.30 pagi.




20121210_094726




Alhamdulillah... dengan secawan kopi 'o' dan sekeping roti telor... badan kembali segar untuk meneruskan tunggangan demi tugasan. Cuaca pun cukup cantik.... Alhamdulillah..




20121210_105458




Lebih kurang jam 11 pagi... aku selamat sampai Hospital Sik... dan rezeki yang Allah kurniakan... minum dulu secawan teh 'o'. Terima kasih Redzwan sebab belanja minum...




20121210_113855




Selesai minum.. tugasan dimulakan. Kali ni... aku buat penyelenggaraan mobile x-ray Shimadzu MobileArt Evolution.




20121210_143646




Lebih kurang jam 3 petang.... tugasan selesai. Selepas tunaikan tanggungjawab di surau hospital... aku bergerak balik ke Perlis. 




20121210_145327




Cuaca nampaknya mulai hujan. Namun tunggangan tetap diteruskan. Hujan turun renyai-renyai sahaja.




Sebaik sampai Gurun... hujan dah pun berhenti.




Kenderaan agak banyak atas lebuhraya. Sampai saja Tol Alor Star Selatan. .. perut terasa lapar pulak. Mana tak lapar.... hanya makan roti telur saja pagi tadi.




Teringin pula nak makan yee mee hotplate. Hendal Siput Sedut diarahkan ke Tesco Stargate. Kat situ ada satu gerai yang menyediakan jenis-jenis masakan hotplate ni.




20121210_160705




Alhamdulillah.. boleh tahan yee mee hotplate ni. Tapi sedap lagi yang dijual di medan makan Tesco Mergong.




Selesai makan... perjalanan diteruskan dan selamat sampai rumah sekitar jam 7 malam.. .




"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."




Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...