06 Disember 2012

CARI MAKAN @ KULIM

Rabu
21 Muharram 1434
5 Disember 2012



Assalamu'alaikum,



Hari ni... tiba jadual untuk tugasan di Hospital Kulim.



Tugasan kali adalah untuk laksanakan preventive maintenance untuk General X-ray dan C-arm.



Moga-moga perjalanan aku ke Kulim lancar. Langit pun nampaknya cerah.



Seawal jam 7.45 pagi aku keluar dari rumah. Kenderaan nampaknya masih banyak kat atas jalan menuju ke Alor Star.



Selesai isi petrol kat Alor Star... terus aku menuju ke arah Lebuhraya. Teringat baru-baru ni.. ada yang menulis dalam akhbar arus perdana yang memberi beberapa cadangan... yang pada pemikiran aku... TIDAK BIJAK.



Antaranya... tidak membenarkan motorsikal menggunakan lebuhraya atau mengenakan tol kepada motorsikal yang menggunakan lebuhraya..



Rasanya.... malas aku nak ulas perkara kerana ramai dah orang dok ulas.... baik dalam FB mahupun blog...



Cuma... kita sebagai pengguna jalanraya... sama-samalah berkongsi dan jaga keselamatan serta patuhi undang-undang yang ada... Pandu/tunggang Cermat Jiwa Selamat.



Alhamdulillah... kat atas Lebuhraya agak lengang. 



20121205_092011



Selepas berhenti sekejap kat Gurun.... aku teruskan perjalanan.



Keluar di Sungai Petani... aku lalu jalan kampung... melalui Sidam dan Padang Meha..



20121205_102657



Tekak pula terasa kering... jadi aku ambil keputusan untuk rehat sekejap kat gerai berdekatan dengan kilang solar.... berhampiran dengan Kulim High-Tech Park.



20121205_112523



Alhamdulillah... lebih kurang jam 11.15 pagi aku sampai di Hospital Kulim. Selepas makan dengan Ahmad Yusri... aku mulakan tugasan. 



Lebih kurang pukul 4 petang.... tugasan selesai. Selesai packing semua barang-barang... perjalanan pulang ke Perlis bermula. 



Cuaca agak mendung selepas hujan tengahari tadi. Perut pun mula terasa lapar. Jadi aku singgah sebentar kat gerai bersebelahan dengan stadium mini di Kulim....merasa kesedapan Laksa Dusun Halim. 



20121205_151803



Lama dah rasanya tak makan Laksa Dusun ni. Selesai makan.... aku mula bergerak. Lagi pun langit nampaknya semakin gelap. 



Laluan balik ni... aku lalu ikut Padang Serai dan Lunas.... terus ke Sungai Petani. 



Sebaik sampai Sungai Petani... hujan mula turun..... terpaksalah redah hujan hingga Gurun. 



20121205_171743



Seperti biasa... sampai saja Tol Alor Star Selatan... aku berhenti sekejap untuk minum kopi di gerai kat tepi jalan tu.... sambil melihat gelagat pemandu-pemandu Malaysia keluar-masuk tol... 



Dalam dok relax-relax minum kopi... terperasan yang tayar belakang Siput Sedut macam kurang angin. 



Selesai minum... terus periksa tayar.... sah tayar pancit. Nak kena tanam cacing dah ni. 



Maka.... merayaplah aku dan Siput Sedut perlahan-lahan... mencari kedai. Jam dah pun menunjukkan hampir 6 petang. Selalunya... kedai motor atau kedai tayar kereta tutup jam 6 petang. 



Alhamdulillah... ada sebuah kedai motor berdekatan Taman Berjaya, Alor Star masih buka. Terus aku masuk dan minta pomen tu periksa tayar Siput Sedut. 



Photobucket



Kepompom ada dawai yang telah terbenam dalam tayar.... dan ubatnya cacing seekor. 



Alhamdulillah.... settle.. Selepas selesai bab tayar... check balik tekanan angin kat stesen minyak berdekatan... aku teruskan perjalanan..... 



Alhamdulillah..... jam 7 malam selamat sampai rumah... 



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..." 



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...