26 Disember 2012

CARI MAKAN 2012: LANGKAWI

Rabu
5 Safar 1434
19 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Sekali lagi... tuntutan out-station ke Langkawi.




Tugasan kali ni... siapkan QC test C-arm dan buat re-test untuk mobile x-ray yang dikatakan kV out of spec.




Musim cuti sekolah ni... menyebabkan aku terasa malas untuk ke Langkawi. Kerana ramai sangat orang bercuti sekarang ni.... yang menyebabkan kesesakan untuk mendapatkan tiket feri dan penginapan.



Tapi... demi tugasan yang telah diamanahkan... rasa malas tu dibuang ke tepi.




Petang kelmarin... aku telah ke Kuala Perlis untuk dapatkan tiket feri... tapi tiket tak dijual.




Maksudnya... untuk perjalanan hari ni... tiket hanya dijual hari ni saja... tiket untuk esok.. dijual esok.




Jadi.... seawal jam 6.30 pagi tadi... aku bergerak ke Kuala Perlis... minta wife hantarkan. For info... kaunter tiket dibuka jam 6 pagi.




Harapan... boleh dapat tiket feri awal... tapi ternyata agak meleset... seawal pagi... dah ramai yang beratur nak dapatkan tiket.




Selepas beberapa ketika... aku cuma dapat tiket feri jam 8.15 pagi.




Memandangkan masih awal... aku dan wife mencari gerai dulu untuk bersarapan.




20121219_071027



Dah bersarapan kat Kuala Perlis... laksa ler menunya... B-)




20121219_074107



Jam dah pun menunjukkan pukul 7.30 pagi. Maka bergeraklah aku ke Jeti. Nampaknya feri dah sampai.




Lebih kurang jam 8 pagi baru aku masuk ke dalam feri...




export_04



Saja aku check kelajuan feri ni dengan software gps waze.... Lajunya sekitar 30 km sejam...




Akhirnya... selepas berada sejam suku.. aku sampai Jeti Kuah. Terus ke kaunter tiket untuk feri esok hari.




Alhamdulillah... aku dapat tiket jam 11.30 esok untuk pulang.




For info... harga tiket ke Langkawi untuk dewasa adalah RM 18 manakala kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah berharga RM 13.




Selepas beli tiket feri.... terus aku dapatkan teksi untuk ke Hospital Langkawi. Tambang teksi dari Jeti Kuah ke Hospital Langkawi berharga RM 12.




Photobucket



Sebaik sampai... tugasan dilaksanakan. Alhamdulillah..lebih kurang jam 5 petang tugasan selesai.




Sekali lagi khidmat teksi diperlukan... untuk ke hotel. Seperti biasa... aku akan berehat di Hotel One Helang, Padang Mat Sirat.. bersebelahan dengan airport.




Photobucket



Photobucket



Photobucket



Tambang teksi dari Hospital Langkawi ke Hotel One Helang berharga RM 26. Manakala..harga bilik Hotel One Helang RM 215 semalam.. Nasib baik majikan aku bayarkan... Alhamdulillah.




20121219_184236



Rehat sekejap.... aturcara cari makan bermula. Nak jalan jauh-jauh dah rasa malas... akhirnya aku cuma beli burger saja kat Marrybrown... yang letaknya kat dalam airport.




Photobucket



 Malam.... masa dihabiskan dengan tengok tv saja. Esok kena gerak awal ke Jeti...




"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."




Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...