04 November 2012

VESPA...

Catatan Ayah



Ahad
19 Zulhijjah 1433
4 November 2012



Assalamu'alaikum,



"Hang free dak...?", kedengaran suara di hujung talian telefon... dan aku kenal benar akan nada suara tu...



"Awat...?", balas aku..

 

"Kalau free... tolong mai tengok Vespa aku sat....", sambung kawan aku... iaitu Mushtari.. sahabat aku semenjak dari sekolah rendah lagi...



Kami berkawan semenjak dari darjah satu lagi... iaitu tahun 1979 yang lalu... dan persahabatan kami masih lagi kekal hingga sekarang...



"Ok.. hang tunggu sat... dalam 5 minit aku sampai...", balas aku.. Terus dicapai helmet Apollo aku yang dok kat tangga... Dengan menunggang Siput Sedut.. aku terus menuju ke rumah Tari... panggilan semenjak dari zaman sekolah lagi...



Photobucket



Inilah dia... Vespa kepunyaan Tari... tapi modelnya aku kurang arif sikit...



Menurut Tari... Vespa ni adalah pusaka dari ayahnya... Masih first owner.. dan nampak masih macam baru... 



"Hang tolong tengok sat... apa-apa yang boleh dibuat supaya boleh bagi idup...", minta Tari...



"Aku ni kurang arif sikit bab-bab Vespa ni... nanti aku tanya Che Ami tengok... sebab dia ada Vespa...", balas aku..



Vespa ni dah menjadi motor vintage dah la ni... dan cukup popular era 50an dan 60an dulu... Pak saudara aku pun ada memiliki vespa macam ni... 



Sejarah vespa boleh dibaca di sini...



Dan... di zaman moden ni... Vespa turut menerima pembaharuan... dan sudah dipasarkan model-model baru yang lebih moden... Model-model baru boleh dilihat di sini...



Tapi... bagi aku.. walaupun dah keluar Vespa versi baru... Vespa versi lama tetap menawan dan anggun... Siapa boleh lupa bunyi Vespa... teng... teng... teng...



Namun... zaman berubah...



Model-model keluaran Piggio ni pun dah semakin banyak memasuki pasaran Malaysia ni...



Antaranya...



Photobucket



P1150715copy



P1150716copy



Photobucket


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...