09 November 2012

SIEMENS MOBILETT PLUS HP HANGIT

Isnin
20 Zulhijjah 1433
5 November 2012




Assalamu'alaikum,




Laporan mengenai mobile x-ray hangit.... aku terima semasa aku berada di HSB minggu lepas... ketika kerja-kerja penukaran kapasitor mobile x-ray dilakukan.




Hari ni baru aku berpeluang untuk melihat dan memeriksa dengan teliti punca masalah kejadian berbau hangit ni.




Selepas bersarapan bersama Syaiful yang kebetulan datang ke Kangar kerana meminjam technical manual Mobilett Plus HP... aku terus ke NICU di mana diletakkan mobile x-ray ni.




Aku mengesyaki yang bau hangit ni berpunca dari bateri. For info... mobile x-ray Siemens Mobilett Plus HP menggunakan bateri seal-lead acid 12V 10Ah sebanyak 16 biji dan semuanya diatur secara selari.



Selepas casing dibuka... benda pertama yang aku check adalah bateri. Memang sah... kesemua bateri telah kembung.



20121105_113123



20121105_113527



Jadi.... kesemua bateri perlu ditukar... namun bateri baru perlu diorder dulu.



Kerja-kerja akan disambung selepas mendapat bateri baru nanti.



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan...."



Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...