28 November 2012

RIDE ANAK YATIM @ CHEMOR

Sabtu
10 Muharram 1434
24 November 2012



Assalamu'alaikum,



Lama juga aku tak ride ni... rasa-rasa semenjak bulan Ramadhan yang lepas.



Bila Haji Sabri up satu event... ride ke Chemor melawat anak-anak yatim kat sana.... terus rasa teruja untuk join sekali.


Tapi.... Kerbau Hitam perlu dihantar untuk buat valve clearance?????... Aaahhhh... ride dululah...



Terus aku buat confirmation untuk join.... lagi pun... lama dah tak jumpa kawan-kawan SBM ni..



Angin tayar dah check.... petrol dah isi penuh... apalagi yer????.... minyak scootoiler dah pun top-up... so kita jalan..



P1160846



Cuaca pagi agak mendung... sejuk berkabus.. Seawal jam 7.17 pagi aku keluar dari rumah... solo ride menuju ke Ipoh.



Harap-harap janganlah hujan... lagi pun tiada bekal yang dibawa... hanya sehelai kain pelekat untuk singgah solat.



Alhamdulillah... sepanjang jalan agak lengang... cuma berkabus di beberapa tempat. Keadaan jalan mula sesak dengan kenderaan semasa sampai Tol Sungai Dua. 



Photobucket



Pits stop aku yang pertama... seperti biasa Hentian Juru. Sekadar top-up petrol dan sebatang rokok. 



Orang agak ramai kat Hentian Juru.... mungkin jalan-jalan cuti sekolah kot.



Tak lama kat Juru... aku teruskan tunggangan. Perancangan perjumpaan kurang lebih jam 11 pagi kat Tol Ipoh. 



Rasa-rasanya aku boleh sampai dalam pukul 10 pagi. Biar awal takpa... biar aku tunggu orang... jangan orang tunggu aku... itu prinsip aku.



Keadaan cuaca masih mendung... namun kat depan nampak agak gelap. Aku hanya mampu berdoa agar tak hujan... namun Allah Maha Pemurah... hujan diturunkan sebagai rezeki kepada alam.. menyejukkan bumi dan membasahi tumbuh-tumbuhan.



Aku mengharungi sedikit hujan semasa melintasi Changkat Jering... namun tidaklah lebat.



Photobucket



Akhirnya.. aku selamat sampai Tol Ipoh. Dan Alhamdulillah... Napi call aku. Menurut Napi... Haji Sabri & the gang masih di Sungai Buluh... belum dapat teruskan perjalanan dek hujan lebat. Jadi.. kami rancang untuk makan dulu... lagi pun perut aku sudah mula menyanyi... sebelum gerak hanya diisi dengan secawan kopi 'o' saja.



P1160852



Dengan Napi.... kami bergerak ke arah Bandaraya Ipoh.... ke salah sebuah kedai yang agak terkenal di Ipoh... untuk menikmati Nasi Vanggey.



Photobucket



Photobucket



Inilah pertama kali aku merasa Nasi Vanggey. Boleh tahan juga rasanya.... dan ramai pengunjung.



Kurang lebih jam 12 tengahari.... baru kami mula bergerak ke Chemor. Jalan agak sesak dengan kenderaan... jenuh jugak dok menyelit antara kenderaan.



Photobucket



Photobucket



Akhirnya... kami sampai ke Asrama Anak-anak Yatim dan Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda... yang terletak di Kampung Tersusun Tanah Hitam, Chemor.



Photobucket



Dan Haji Sabri dan kawan-kawan GTTSBK dah pun sampai.



Program kerja amal ni dikelola oleh Kelab Sukan dan Kebajikan.... pejabat Haji Sabri.



Inilah kali pertama aku sampai rumah anak-anak yatim ni...



Photobucket



Selain dari program cat mengecat... anak-anak yatim dibawa merasai membonceng motor-motor kuasa besar ni. 



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Mudah-mudah timbul keazaman di hati mereka untuk berusaha belajar dan berjaya di suatu hari nanti... dan dapat memiliki sebuah motor berkuasa tinggi. 



P1160875



P1160881



Jelas nampak kegembiraan dan keterujaan di wajah mereka.



20121124_154805



Photobucket



Selepas berada seketika di situ... Haji Sabri & the gang... termasuk aku... bergerak ke rumah Superyan. Berehat seketika sambil menjamu selera laksa... 



Photobucket



Petangnya... kami dibawa ke rumah Prof. Majdi... juga untuk menjamu selera. Alhamdulillah... murah rezeki yang Allah kurniakan.




Photobucket



Selesai program di rumah Prof. Majdi... kami bergerak pulang. Haji Sabri, Mamu Drifter, Zack Fazer dan Bang Idrusk bergerak ke Kuala Lumpur.... dan aku solo ride balik Perlis...




Selepas isi petrol di Batu Gajah... aku bergerak pulang. Hujan mula turun. Tunggangan aku agak perlahan... sebab kenderaan agak banyak dan pandangan agak terhad dek hujan dan hari dah semakin gelap. 



Jalan pun agak licin.




P1160882



Kurang lebih jam 8.30 malam... baru aku sampai Juru. Hujan masih lagi turun dan kenderaan agak banyak kat atas jalan. Bahkan berlaku kesesakan di Tol Juru... kedua-dua arah.



P1160883



Alhamdulillah... hujan berhenti setibanya di Gurun.... namun kembali harungi hujan dari Alor Star sampai rumah.



Alhamdulillah.... selamat sampai rumah lebih kurang jam 10.15 malam.



Walaupun ride ni agak singkat dan dekat... namun hati puas... dapat bertemu rakan-rakan yang dah lama tak jumpa... serta dapat melihat kegembiraan anak-anak yatim.



Dan... inilah pengerak yang menjayakan ride kali ni...



Photobucket

Haji Sabri Hamzah



Photobucket

Superyan



Semoga dapat bersua kembali.



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...