08 November 2012

KONVOKESYEN PASTI 2012

Ahad
19 Zulhijjah 1433
4 November 2012



Assalamu'alaikum,



Kini... genap sudah 3 tahun Bang Cik Haikal menuntut ilmu di PASTI Al-Islah, Taman Jali.



Bang Cik Haikal bersekolah di PASTI Al-Islah semenjak berumur 4 tahun dan tahun depan akan bersekolah dalam darjah 1 di SK Jalan Raja Syed Alwi.




Teringat dulu semasa Bang Cik bermula menjejakkan kaki ke PASTI. Adakah Bang Cik akan dapat membiasakan diri dengan alam persekolahan di usia yang muda....



Pejam celik... pejam celik... dah 3 tahun berlalu. Malah Cikgu PASTI ada beritahu yang dulu Bang Cik agak pendiam... tapi sekarang agak cergas semasa dalam kelas.



P1160619



Hari ni.... telah berlangsung Majlis Konvokesyen PASTI 2012 di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. PASTI Al-Islah dijadualkan pada sidang ke-2 yang berlangsung pada jam 11 pagi.



P1160654



Seawal jam 10 pagi... kami sekeluarga menuju ke PPANPs yang letaknya lebih kurang 4 km dari rumah.



P1160620



Sewaktu kami sampai... sidang pertama baru saja selesai. Terus kami ke dewan yang berada di tingkat atas PPANPs.



collage1



Kurang lebih jam 11 pagi majlis bermula. Dimulai dengan bacaan Al-Quran dan terjemahan dari pelajar... kemudian nyanyian lagu Negaraku dan lagu PASTI.



P1160627



Kemudian hadirin yang terdiri dari para ibu bapa dan penjaga dihidangkan dengan pertunjukkan multmedia... yang menyajikan aktiviti-aktiviti pelajar PASTI sepanjang tahun 2012.



P1160626



Selepas pertunjukkan nasyid oleh para pelajar... acara penyampaian skrol bermula...



Photobucket



Acara penyampaian skrol diselang-seli dengan pertunjukkan pelajar.



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Hampir jam 1 tengahari... majlis berakhir.



Semoga Bang Cik akan sentiasa aktif dan mendapat kerahmatan Allah Taala. Moga-moga tahun mendatang Bang Cik akan terus berjaya dalam semua lapangan.... dan menjadi anak yang soleh... kebanggaan ibu dan ayah....



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...