14 November 2012

KONVOKESYEN AULAD BESTARI 2012

Sabtu
25 Zulhijjah 1433
10 November 2012



Assalamu'alaikum,



Genap 10 bulan Adik Iman berada di Tadika Aulad Bestari.... mengikuti program Little Khalifah.



For info.... Tadika Aulad Bestari diuruskan oleh pengurusan HR Bestari... yang sama menguruskan Tadika Smart Readers... yang diikuti oleh Kakak Dina dulu... di Taman Sri Bahagia..




Alhamdulillah... banyak perubahan yang dapat dilihat pada Adik Iman sepanjang 10 bulan belajar di situ.



Sewaktu awal tahun.... Adik Iman buat juga perangai.... tak mau masuk ke kelas. Jenuh juga memujuk.. hinggakan Ibu terpaksa menunggu di dalam kelas....



Sekarang.... sudah dapat dilihat akan perubahan. Komen dari para guru pun agak memberangsangkan.



Photobucket



Dan hari ini... berlangsunglah Majlis Konvokesyen Tadika HR Aulad Bestari 2012... yang diadakan di Hotel Putra Palace, Kangar.



Seawal jam 7.30 pagi kami sekeluarga keluar rumah... menuju ke Hotel Putra Palace... untuk menghantar Adik Iman. Difahamkan... majlis akan berlangsung jam 8.30 pagi.



Kira-kira 8.15 pagi... kami sekeluarga memasuki dewan yang berada di tingkat 1. Belum ramai lagi ibubapa yang sampai.... jadi dapatlah kami ambil tempat hadapan... senang nak ambil gambar.



Lebih kurang jam 9 pagi... majlis bermula.



Photobucket



Seperti Smart Readers zaman Kakak Dina dulu... majlis konvokesyen ni pun penuh dengan warna warni persembahan anak-anak pelajar dari kelas 3 tahun hinggalah kelas 6 tahun... yang melibatkan semua para pelajar.



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Adik Iman terlibat dalam satu persembahan iaitu menjadi seekor kucing dalam cerita Bahtera Nabi Nuh.






Seperti biasa... Adik Iman nampaknya masih lagi malu-malu....



Lagi persembahan pelajar...



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



P1160727



Hampir jam 1 tengahari majlis selesai....



Photobucket



Semoga Adik Iman akan terus maju ke hadapan... seiring dengan Abang Huzaifah, Kakak Dina dan Bang Cik Haikal...



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

1 ulasan:

  1. Muhammad Haziq Asyraf Bin Azali. Foem 1 SMS TUANKU SYED PUTRA 2015. Darjah 6 SKJRSA 2014

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...