27 November 2012

KENARI WARDED: 185,096 KM

Selasa
13 Muharram 1434
27 November 2012



Assalamu'alaikum,



Setelah hampir 8 tahun berkhidmat dan mencecah 185,096km... kini Kenariku terpaksa dimasukkan ke 'wad' untuk pembaikan.



20121123_194843



Beberapa tanda sudah ditunjukkan sebelum ni... hand-brake tak berfungsi, suis power window rosak dan minyak enjin leaking.



20121121_142937



Setelah bertanya beberapa orang kawan dan saudara-mara... akhir aku telah dicadangkan untuk hantar Kenari ke sebuah bengkel yang terletak di Pauh..... iaitu Bala Auto Service.



Kenari akan dibuat  top-overhaul.



Setelah bersembang dengan pomen dan buat temu-janji.... Kenari telah dihantar pada 21 November 2012.



Hari pertama 



Selepas kerja... aku dan isteri telah ke Pauh untuk melihat perkembangan Kenari.. Sebaik saja sampai... kelihatan bahagian depan Kenari dah togel. 



20121122_180222



Terus aku menemui pomen untuk bertanya khabar. Sedikit penerangan... semua belting untuk air-cond, power steering dan timing belt dah ditukar. Water pump juga telah ditukar. 



Selain dari semua gasket... kepala piston juga telah dibersihkan dari karbon. Bahagian hand-brake masih belum dibaiki. Esok baru akan dibaiki... begitu juga dengan power-window. Esok juga... jika selesai... Kenari akan dibasuh enjinnya untuk melihat jika masih ada leaking



Hari ke-2 



Petang-petang dok hujan sekarang ni. Begitu juga dengan hari tu. Kurang lebih jam 5.30 petang.... aku dapat panggilan telefon dari Bala dan menurutnya... Kenari dah siap dibaiki dan sudah boleh dibawa balik. 



Kos pembaikan yang dikenakan sebanyak RM1,000. Selepas keluarkan duit dari mesin ATM... aku redah hujan dengan wifey ke Pauh. 



Sebaik sampai... Kenari dah ready. Selesai buat pembayaran dan pemeriksaan keadaan Kenari... kami bergerak pulang ke rumah. 



Next service...



20121123_194904



20121123_194918



Hasil 



Sebelah malamnya... aku buat test drive. Enjin terasa lebih lancar dan pick-up kembali terasa seperti dulu... masa mula-mula beli dulu. 



Temperature pun agak rendah berbanding sebelum ni. Penukaran gear pun lancar. Power window pun dah 'ok' dan hand brake pun dah kembali normal. 



Aku akan test lagi beberapa hari dan akan bagi feedback kepada Bala... 



Insha Allah... next project nak cat kembali Kenariku ni.... 



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..." 



Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...