19 November 2012

HOBI

Sabtu
3 Muharram 1434
17 November 2012



Assalamu'alaikum,



Hobi....



Pada aku... adalah kecenderungan seseorang membuat sesuatu bagi mengisi masa lapang... yang bersesuaian dengan minatnya...



Ada yang hobinya sekadar sesuatu yang simple... yang hanya bermodal kecil.... dan ada sehingga yang kompleks... yang bermodal besar.... yang kadang-kala tak terfikir di benak pemikiran.



Pernah aku lihat kat dalam salah satu rancangan tv... yang menayangkan hobi sesetengah orang.... antaranya mengumpul setem, mengumpul barang-barang antik, motorsikal klasik, patung mainan, botol-botol dan bermacam-macam lagi.



Hobi ni... pada aku... boleh menjadi terapi menghilangkan stress dalam menjalani kehidupan seharian.



Di sini... aku nak kongsi pengalaman tentang hobi salah seorang sahabat aku.... iaitu Mushtari.... dengan panggilan 'manjanya'... Tari.



Kami bersahabat semenjak dari darjah satu lagi... sekitar tahun 1979. Bersekolah yang sama... dalam kelas yang sama di Sekolah Rendah Kebangsaan Putra dari 1979 sehingga 1984. Kemudian di Sekolah Menengah Derma dari tahun 1985 hingga 1987... di mana selepas tu aku bertukar ke Sekolah Menengah Teknik... dan Tari masih di Sekolah Menengah Derma. Namun sehingga sekarang kami masih berhubung.



20121117_025343



Pada aku... hobi Tari amat klasik. Mungkin kerana kami membesar di suasana zaman penghujung 'analog'.... di zaman pita kaset dan pita video.... dan zaman piring hitam.



20121117_025639



Dan itulah minat Tari.... mengumpul piring-piring hitam. Dan aku sempat melawat dan melihat serta mendengar sebahagian daripada koleksi Tari yang jumlah pring hitamnya mencecah lebih 1,000 keping.



Bermacam-macam lagu... baik melayu, inggeris, hindustan... bahkan yang lama dan baru.



Seronok juga mendengar koleksi-koleksinya.... dan baru aku tahu perbezaan kualiti bunyi yang dihasilkan oleh piring hitam... berbanding bunyi yang dikeluarkan dari cd dalam bentuk digital dan mp3.



Bunyi yang terhasil amat sedap sekali.... walaupun lagu-lagu lama.... dari piring-piring hitam di zaman 50an, 60an dan 70an...



Difahamkan juga belanja yang telah dikeluarkan dari dulu hingga sekarang hampir mencecah RM 70 ribu...



Antara koleksinya...



20121117_021013



20121117_021634



20121117_022103



20121117_024439



20121117_024703



20121117_030044



Radiogram pun ada...



20121117_015141


Bagaimana dengan kalian.... apa hobi hampa?...



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.9

4 ulasan:

  1. Cayalah Mizal.Terima kasih. Ulasan yang bernas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kena pi dengaq lain...belum puas lagi...

      Padam
  2. Boleh Mizal anytime boleh mai dengaq lagi

    BalasPadam
  3. assalamualaikum...boleh sy tahu encik tinggal dimana n no telefon x...galeri kami bercadang untuk mengadakan pameran koleksi piring hitam...mungkin kita boleh bekerjasama :)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...