10 November 2012

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKJRSA 2012

Rabu
22 Zulhijjah 1433
7 November 2012



Assalamu'alaikum,



Hujung tahun persekolahan tiba lagi. Minggu depan akan bermulalah cuti panjang selama 2 bulan sehingga buka balik persekolahan untuk sesi 2013.



Jadi... berlangsunglah majlis-majlis anugerah kecemerlangan di serata sekolah-sekolah. Tak ketinggalan sekolah Kakak Dina.... iaitu Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi.




P1160656



Alhamdulillah... tahun ni sekali lagi Kakak mendapat tempat pertama dalam kelasnya... berturut-turut dari darjah satu sampai darjah empat sekarang ni. Alhamdulillah... dan tahniah kepada Kakak... yang rajin berusaha sepanjang masa dalam mengulangkaji pelajaran dan tak leka dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah Taala.



Mudah-mudahan... ia menjadi contoh kepada adik-adik.



Seawal jam 8 pagi... kami sekeluarga bertolak ke SKJRSA. Kakak telah dihantar ke sekolah oleh Ibu pukul 7 pagi tadi.



Ramai para ibubapa yang telah sampai. Tanpa berlengah... kami mengambil tempat.



Photobucket



Lebih kurang jam 9 pagi... majlis bermula dengan nyanyian Negaraku... diikuti dengan bacaan doa.



Photobucket



Kemudian majlis dimulakan dengan ucapan Guru Besar, YDP PIBG dan wakil Pengarah Pelajaran Perlis.



Photobucket



Acara disambung dengan persembahan murid-murid tahap 1.



Selepas persembahan.... acara konvokesyen untuk pra-sekolah bermula.






Selesai penyampaian untuk pra-sekolah... majlis diserikan lagi dengan persembahan Kak Kong... yang turut disertai Kakak Dina.



Photobucket



Selepas persembahan... penyampaian anugerah kecemerlangan dimulai... dari darjah satu hinggalah darjah enam...



Photobucket



Kemudian... majlis dihiburkan dengan persembahan para pelajar pra-sekolah yang menari Chicken Dance.



Photobucket



Photobucket



Akhir sekali... acara penyampaian anugerah khas... dan tokoh pelajar.



Photobucket



P/S: Ayah doakan semoga Kakak terus berjaya dan mendapat kerahmatan Allah Taala.



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...