18 November 2012

FTP: SELAMAT TIBA

Selasa
28 Zulhijjah 1433
13 November 2012



Assalamu'alaikum,



Hari ni cuti umum sempena Deepavali. Terlebih dahulu aku ucapkan Selamat Deepavali kepada sesiapa yang membaca blog ni yang berbangsa India dan juga kawan-kawan yang berbangsa India.



Hari ni juga... dijadualkan mak aku tiba dari Jeddah... dan akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas lebih kurang jam 12.20 tengahari.



Kurang lebih jam 8 pagi... aku dan famili check-out dari hotel. Adik Syuhada pun dah sampai dari KL petang kelmarin.



Selesai urusan check-out... kami terus menuju ke Bayan Lepas.



Jalan agak lengang kerana hari ni cuti umum.



20121113_091347



Sebaik sampai kat Jalan Tiram... kami singgah sebentar untuk bersarapan.



Photobucket



Selesai sarapan... terus kami ke lapangan terbang. Alhamdulillah... masih ada tempat parkir kereta yang dekat dengan kawasan ketibaan.



Photobucket



Lebih kurang jam 11.30 pagi... orang semakin ramai... dan kawasan dalam bangunan bahagian ketibaan ditutup untuk orang ramai. Waris-waris semuanya kena tunggu kat kawasan luar.



Kurang lebih jam 12.30 tengahari... kapal terbang dari Jeddah selamat mendarat.



Lama juga menunggu... kurang lebih jam 2 petang... baru mak kelihatan keluar....



Alhamdulillah... mak selamat sampai ke tanahair.



Selesai segala urusan... terus kami bergerak balik ke Perlis.



Photobucket



Hampir jam 7 petang.... kami semua selamat sampai rumah...



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...