16 November 2012

FTP... PERJALANAN

Ahad
26 Zulhijjah 1433
11 November 2012


 
Assalamu'alaikum,



Alhamdulillah... mak dijadualkan balik ke Malaysia dari Jeddah pada 12 November 2012... dan InsyaAllah akan sampai Tanahair pada 13 November 2012 melalui Bayan Lepas.



Jadi... bak kata orang... sambil menyelam minum air... aku sekeluarga ambil peluang bercuti di Pulau Pinang sebelum ambil mak kat Bayan Lepas.




Perancangan



Jadi trip ni aku namakan Family Trip Penang (FTP).



Ikut perancangan... kami sekeluarga akan ke Pulau Pinang pada 11 November 2012 pada sebelah pagi.... dan bermain air laut kat Batu Feringgi pada petangnya... dan merasa sup kambing Hameed pada malamnya.



Pada 12 November 2012 pula... perancangan dibuat untuk ke Bukit Bendera pada sebelah paginya... ronda-ronda sekitar Pulau Pinang sebelah petangnya... dan makan malam kat Batu Maung pada malamnya.



Dan... pada 13 November 2012... selepas check out dari hotel... kami akan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas... menyambut mak yang dijadualkan akan tiba dari Jeddah pada jam 12.20 tengahari.



Itulah perancangannya.....



Perjalanan



Seawal jam 9 pagi... kami sekeluarga mula keluar dari rumah....



Destinasi pertama adalah untuk singgah sebentar kat Lubuk Kawah, Jitra... untuk ambil beberapa barang kiriman dari Kak Yam untuk Shira... yang kini sedang bertugas di Sungai Petani.



Kenderaan agak kurang kerana hari ni adalah hari cuti hujung minggu.



Selepas ambil barangan kiriman kat Jitra... kami singgah pula kat Alor Star Mall kerana Ibu nak beli kasut pula.



Selesai beli kasut... baru kami bergerak ke Pulau Pinang. Sebelum tu aku rancang untuk singgah makan tengahari kat Sungai Petani... makan nasi beriani kambing kat Nasi Beriani Aqeem. Aku rekomen kepada sesiapa yang nak merasa nasi beriani kambingnya.



Untuk sampai ke Nasi Beriani Aqeem... selepas keluar dari Lebuhraya PLUS melalui Tol Sungai Petani (U)... belok ke kiri... ke arah pusat bandar. Selepas melalui 4 lampu isyarat... belok ke kiri pada lampu isyarat ke 5... bersebelahan IKM. Nasi Beriani Aqeem berada di sebelah kanan.... tepi jalan kat Taman Peruda.



20121111_124838



Menu yang disediakan adalah nasi beriani kambing, daging dan ayam.... yang mana setiap hidangan berharga RM 6.... tak termasuk air


.
Seperti biasa... kami akan makan hidangan kambing dan ayam.



20121111_134713



Alhamdulillah... selepas makan... dan solat kat Masjid Al-Muttaqin, Taman Ria... kami terus ke rumah Shira... yang letaknya tak jauh dari situ.



Selesai urusan... kami teruskan perjalanan...



Lebuhraya PLUS agak sesak ketika itu... mungkin kerana orang ramai pakat pulang ke kampung sempena cuti Deepavali dan Maal Hijrah.



Photobucket



Laluan yang aku pilih untuk ke Pulau Pinang adalah melalui perkhidmatan feri. Selalunya aku menggunakan perkhidmatan feri semasa pulang dari Pulau Pinang... tapi kali ni ke arah Pulau Pinang pula. Nanti masa balik lalu Jambatan Pulau Pinang pula.



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Akhirnya... hampir jam 5 petang baru aku sampai hotel dek terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas. Kami menginap di Hotel Sentral Georgetown... berdekatan dengan Komtar... yang aku tempah hampir seminggu yang lalu. 



Photobucket



Selepas rehat sebentar di hotel... kami turun ke bawah berjalan kaki... pusing-pusing melihat kesibukan sekitar Komtar... dan minum petang kat Kassim Nasi Kandar... 



20121111_180809



Malam pula selepas isyak... kami cuba pula kesedapan sup kambing kat Hameed Sup... berdekatan dengan Hotel Cititel... 



Photobucket



Esok... insyaAllah..nak bawa anak-anak merasa pengalaman menaiki keretapi Bukit Bendera pula...



"Pengalaman membentuk keperibasian dan kematangan..." 



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...