17 November 2012

FTP: BUKIT BENDERA

Isnin
27 Zulhijjah b1433
12 November 2012



Assalamu'alaikum,



Hari ni adalah hari ke-2 kami di Pulau Pinang dalam kerangka Family Trip Penang (FTP).



Hari ni juga... ikut perancangan... kami nak ke  Bukit Bendera.



Last sekali aku ke Bukit Bendera ni pada tahun 1992... bersama-sama rakan serumah sewa ketika belajar di UTM Jalan Semarak dulu. Kerika tu... kami semua dah habis belajar... dan sebelum masing-masing balik kampung... kami buat trip ke utara.



Ketika tu yang turut join... Jack dan Ana, Abong, Man, Allahyarham Munir, Zulaimi, Radhi dan Mi Toyol...



Seronok ketika tu... tapi kereta kabel yang naik ke Bukit Bendera masih jenis lama lagi... jenis open... tanpa hawa dingin...



Seawal jam 8.30 pagi... kami keluar dari perkarangan hotel...



20121112_094554



Tempat pertama yang kami tuju... adalah kedai makan... untuk bersarapan. Tak tau apa nama tempat tu.... just ikut pulas stereng saja... last-last sampai ke sebuah restoran mamak.



Entah macam mana... Kakak Dina buat hal... pening kepala dan muntah-muntah. Mungkin sebab perut kosong..



Photobucket



Selepas bersarapan... kami terus menuju ke Bukit Bendera. Nak jadi cerita.... tersilap la pulak. Kami telah ke Botanical Garden. Aku sempat bertanya dengan seorang pekerja di situ... katanya trek kat Botanical Garden ke Bukit Bendera boleh dinaiki dengan 4x4... atau jalan kaki. Jika guna kereta kabel.... kena melalui stesen sebelah Air Itam.



P1160783



Jadi... bergerak pula kami ke Air Itam.



Photobucket



Akhirnya... jumpa juga Stesen Bukit Bendera. Tempat parkir kereta bermasalah sikit... sebab tiada kekosongan. Pusing punya pusing... akhirnya dapat juga parkir... tapi agak jauh dari stesen. Jenuh juga berjalan.



Photobucket



Ramai juga pengunjung. Sampai beratur pun panjang. Kami akhirnya dapat tiket yang berharga sejumlah RM19 untuk pakej keluarga. Dewasa RM5 x 2 orang... dan kanak-kanak RM3 x 3 orang.



Photobucket



Beratur punya beratur... akhirnya berjaya juga kami menaiki kereta kabel. Moden dah kereta kabel la ni... siap berhawa dingin... dan dah tak berhenti kat stesen tengah lagi.



Photobucket



P1160834



Dan inilah kali ke-2 aku menjejakkan kaki di atas Bukit Bendera. Dan merasa juga anak-anak aku menjejakkan kaki ke Bukit Bendera.



Photobucket



Sejuk dan nyaman... dan pemandangan yang indah... Maha Suci Allah Yang Mencipta Alam ini....



Photobucket



Photobucket



Selepas seketika... kami turun... 



Photobucket



Dan berhenti solat kat Masjid Negeri. InsyaAllah tahun depan... aku akan buat ekspedisi Jelajah Masjid-Masjid Negeri seluruh Semenanjung... dan Masjid Negeri Pulau Pinang termasuk dalam senarai.



Photobucket



Besar juga Masjid Negeri ni... dan indah serta cantik.



Photobucket



Selesai tunaikan tanggungjawab... kami mula gerakan mencari tempat makan. Pusing punya pusing... akhirnya kami singgah kat Medan Makan Seagate... menjamu selera...



20121112_162802



Photobucket



Selesai... kami pulang semula ke hotel... dek keletihan... 



Tak jadi ke Batu Feringgi...



Kesian anak-anak...



Esok... dah nak jemput mak kat lapangan terbang... balik Perlis.



"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."



Wassalam


Published with Blogger-droid v2.0.9

2 ulasan:

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...