27 Oktober 2012

UJIAN MASA MOTOGP

Catatan Ayah



Sabtu
4 Zulhijjah 1433
20 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Pagi yang indah dan sejuk di Selayang. Cuaca nampak cun pagi ni... moga-moga berkesudahan dalam keadaan cerah baik hingga ke petang nanti.

 


20121020_084414copy



Seawal jam 7.50 pagi... aku dan Che Ami bergerak menuju ke SIC Sepang. Hari ni dijadualkan untuk free practice sebelah pagi dan ujian masa pada masa tengah hari dan petang.



Photobucket



Kurang lebih pukul 9.10 pagi.... kami singgah sebentar di kawasan Kuaters KLIA untuk bersarapan..



Dari Selayang tadi... kami melalui LATAR, Guthrie, Elit, Maju.... hingga ke SIC Sepang.



Photobucket



Selesai bersarapan... kami bergerak ke SIC. Masih kurang ramai lagi penonton...



20121020_103324copy



Selepas memarkirkan kenderaan... kami terus masuk ke pintu utama. Sempat berjalan-jalan sekitar tempat pameran. Berbagai-bagai barangan dan motor yang dipamerkan. Jenuh juga menjamu mata......



Photobucket



Selepas berpusing-pusing melihat sekitar kawasan pameran... kami terus ke dalam SIC... mengambil tempat berhadapan dengan paddock... dapat melihat pasukan-pasukan membuat setting jentera masing-masing.



Photobucket



Ujian masa yg pertama untuk Moto3... yang mana Zulfahmi Khairuddin turut menyertainya. Berdebar juga melihat dan dengan semangat juang yang tinggi... Zulfahmi berjaya mendapat petak pertama yang akan ditandingnya esok.



Photobucket



Selepas melihat ujian masa Moto3.. kami menonton ujian masa Motogp... dan seterusnya Moto2. Dalam Moto2.. peserta Malaysia dapat satu wild card dan diberikan kepada Hafizh Syahrin... anak muda yang sedang meningkat dalam arena motor ni... Dan beliau mendapat kedudukan permulaan yang ke-27....



Selepas menonton ujian masa... kami sekali lagi berpusing-pusing sekeliling tapak pameran untuk membeli barangan...



Aku sempat membeli helmet baru bagi menggantikan helmet SOL yang lama. Kali ni aku telah beli Caberg Konda yang dijual dalam RM500 dan beg kecil untuk handphone Bridgestone berharga RM40...



P1150895copy



20121020_181619copy



Hampir jam 5.45 petang... baru kami bergerak pulang ke Selayang... dan sempat berhenti sekejap kat Dengkil menjamu selera sate...



P/S: nak makan sekejap yer... esok kita tengok Motogp pulak yer...



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...