25 Oktober 2012

TRIP MOTOGP

Catatan Ayah



Jumaat
3 Zulhijjah 1433
19 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Oktober datang lagi....



Bila masuk oktober ni... apalagi... bulan Motogp ler...



IMG-20120809-WA0000copy



Aku terpanggil untuk turut ke Sepang tahun ni untuk menyaksikan Malaysian Grand Prix 2012...



Teringat suatu ketika dahulu... zaman Malaysian Grand Prix diadakan di Batu Tiga Shah Alam. Tak pernah aku miss race setiap tahun ketika itu.



Sekarang.... zaman dah berubah... Dari 500cc 2 lejang ke 800cc 4 lejang dan sekarang dah 1000cc... Begitu juga 125cc ke 200cc dan 250cc ke 600cc...



Kalau dulu nama-nama seperti Wayne Rayney, Mick Doohan, King Kenny Robert, Wayne Gardner dan Kevin Schwantz sentiasa di bibir...



Kali ni aku turut berminat untuk melihat anak Malaysia yang beraksi dalam Moto2... iaitu Zulfahmi yang menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan.....



Photobucket

Pasar malam kat Hosba...




Perjalanan menuju ke Motogp... bermula dalam pukul 5 petang. Perjalanan kali ni... aku bersama dengan Che Ami dan anaknya... dengan menaiki kenderaan Che Ami...



Cuaca agak mendung... dan kenderaan agak banyak. Mungkin ramai yang menghala ke arah KL sebab nak menyaksikan Motogp... dan mungkin nak menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kelantan dan ATM di Shah Alam...



20121019_192246



 Kurang lebih pukul 7.30 malam... kami singgah sebentar kat Tol Sungai Dua untuk tunaikan kewajipan solat.
Selesai solat.... kami singgah sebentar kat Char Koew Teaw Sungai Dua. Antara kedai yang agak famous kat sebelah utara ni dengan hidangan istimewa char koew teaw.



Photobucket



Dah beberapa kali aku ke sini untuk menjamu selera namun tak berhasil kerana kedai tutup. Kali ni dapat juga aku merasa kesedapan char koew teaw yang selalu diperkatakan orang. Jika ada sapa-sapa yang nak mencuba... boleh datang tengok.. Kedai dibuka sebelah petang dan malam sahaja... dan tutup pada hari rabu.



Photobucket




Eeerrkkkk.... Alhamdulillah. Perut dah kenyang dan kami dah bersedia untuk teruskan perjalanan...



Kurang lebih pukul 10.30 malam..... kami sampai Tapah. Berehat sebentar untuk top-up petrol.



20121020_003443copy

Makan tengah malam kat Restoran Burger BBS, Selayang...



Akhirnya.... kami selamat sampai Selayang kurang lebih pukul 12.35 tengah malam.



P/S: izinkan aku berehat sebentar... esok kami akan ke Sepang... untuk menyaksikan ujian masa untuk semua kategori Moto2, Moto3 dan Motogp....



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...