15 Oktober 2012

TRIP KE KHLONG NGAE

Catatan Ayah



Sabtu
27 Zulkaedah 1433
13 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



2-3 bulan lepas... ketika minum-minum... aku dan Che Ami ada dok nyembang bab pakaian bundle. Lalu Che Ami mencadangkan kat aku untuk melihat-lihat bundle kat Ban Khlong Ngae, Thailand.



Banyak yang menarik dapat dilihat di situ.... dan Che Ami merancang untuk ke sana selepas musim menuai padi.



Jadi... hari ni... terlaksanalah hasrat tu...



Seawal jam 8.50 pagi aku bergerak ke rumah Che Ami. Kami merancang akan ke Ban Khlong Ngae jam 9.00 pagi.



Photobucket



For info... Ban Khlong Ngae terletak kira-kira 35km dari Padang Besar. Kami ke sana melalui Padang Melangit... terus ke Guar Jentik... dan Padang Besar.



Photobucket



Alhamdulillah... suasana agak selesa kat Padang Besar. Sebelum tu kami berhenti sebentar kat Padang Besar, Perlis untuk membuat penukaran matawang.



Photobucket



Selepas selesai urusan penukaran matawang... kami terus menuju ke imigresen Malaysia untuk urusan cop passport. Imigresen Thailand juga agak lengang.



Selesai urusan cop passport... kami bergerak dari pos imigresen Thailand... menuju ke arah Hatyai..



Photobucket



Banyak juga kenderaan kat atas jalan di sebelah Thailand... terutama lori.



Alhamdulillah... cuaca agak baik... tak seperti kelmarin yang hujan yang agak lebat kat Perlis.



Photobucket



Hampir sejam... kira-kira jam 10 pagi... kami sampai ke destinasi...



Photobucket



Pasar Ban Khlong Ngae agak besar. Konsepnya lebih kurang macam Nat Pokok Getah tapi keluasan kawasan perniagaannya rasa-rasa aku hampir 3 kali ganda.



Selepas parkirkan kereta... minum sebentar kat salah sebuah kedai makan kat situ... kami mula bergerak menjelajah sekitar pasar.



Photobucket



Banyak barangan yang dijual.... dari pakaian dewasa dan kanak-kanak, barangan antik, kasut hinggalah makanan. Jenuh juga berpusing-pusing. Pasar ni terkenal dengan pakaian bundlenya... yang semuanya original.. dan ada juga sesetengahnya tiruan.



Photobucket



Semuanya murah-murah. Seluar jeans antara 300 bhat hingga 800 bhat (10 bhat ± RM1). Pakaian kanak pula ada yang sehelai 10 bhat... dan ada yang 3 helai 100 bhat.



Photobucket



Photobucket



Sempat juga aku borong seluar jeans Levi's serta beberapa helai pakaian untuk anak-anak.



Rasa-rasanya nak kena datang lagi nanti... bawa anak isteri pulak... B-)



Tanpa disedari... tengok-tengok jam dah pun menunjukkan hampir 2 petang. For info... pasar ni beroperasi dari pagi sehingga tengahari sahaja.



Selesai berpusing-pusing sekitar pasar... kami mula bergerak untuk balik.



Photobucket



Sebelum tu... sempat juga kami singgah sebentar kat salah sebuah kedai yang menjual motor. Sebuah kedai motor Yamaha... dan sebuah lagi kedai motor Honda. Menarik melihat beberapa variasi motor dan skuter yang dijual di Thailand. Jika model-model ni dibawa masuk ke Malaysia... mesti meriah suasana permotoran... dengan berbagai-bagai design.



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Selepas puas berpusing-pusing sekitar kedai motor... kami bergerak pulang... dan bercadang untuk berhenti di Padangbesar, Thailand untuk menjamu selera.



Photobucket



Sebaik sampai Padangbesar, Thailand.... kami tuju ke sebuah kedai makan. Letaknya beberapa meter selepas landasan keretapi.



Photobucket



Agak besar dan selesa kedai ni aku tengok... siap ada live band. Tapi menurut tuan kedai... live band hanya bermain dari jam 9 malam hingga jam 1 pagi.



Photobucket



Menu pilihan kami adalah ikan siakap stim lemon, kerabu udang dan kerabu kerang. Tiada masakan yang berunsurkan minyak. B-)



Sedap masakannya... masam-masam pedas gitu....



Eeeerrrkkkkk..... Alhamdulillah perut kenyang senang hati. Selesai makan... kami pusing-pusing sekitar pekan Padangbesar, Thailand.



Photobucket



Puas berpusing-pusing... kami pun bergerak pulang. 



Selepas selesai urusan cop passport... sempat juga kami singgah sebentar kat Emas Kerajang... melihat-lihat barangan bebas cukai. Sempat juga call Zaidi... cadangannya nak ajak minum-minum... tapi panggilan tak berjawab.



Keadaan cuaca mula hujan. Selepas selesai berlegar-legar sekitar kawasan bebas cukai... kami pun bergerak masuk ke Malaysia... dan Alhdulillah... hampir jam 6 petang sampai rumah....



Seronok hari ni... dapat melihat sekitar pasar negara jiran... dan dapat menambah pengalaman...



InsyaAllah... aku akan pergi lagi... Kali ni cadangnya nak bawa famili pulak...



"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."



Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.9

4 ulasan:

  1. Kat mana exactly pasar bundle tu? Boleh tu juk kat google map tak?

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...